Ikuti Kami:

“Ingat Artis Tak Buat Kerja Rumah?” Catriona Ross & Sheahnee Iman Lee Kongsi Rahsia Mudahkan Urusan Ibu Menggosok Baju

“Ingat Artis Tak Buat Kerja Rumah?” Catriona Ross & Sheahnee Iman Lee Kongsi Rahsia Mudahkan Urusan Ibu Menggosok Baju

Model Philips PerfectCare 8000 Series Steam Generator ini hanya seberat kira-kira 900 gram dan mudah dibawa ke mana-mana untuk pelbagai kegunaan di rumah termasuklah mengewap tilam, bantal dan sofa untuk menyahkuman

KUALA LUMPUR – Tanggapan bahawa golongan selebriti hanya tahu melancarkan gaya di karpet merah tanpa menyentuh perkakas rumah nampaknya meleset sama sekali. Dalam satu acara demonstrasi yang berlangsung meriah di Mid Valley Megamall baru-baru ini, dua personaliti terkenal, Catriona Brian Ross dan Sheahnee Iman Lee, tampil membuktikan bahawa mereka juga adalah ibu yang komited menguruskan rumahtangga sendiri, terutamanya dalam tugasan harian menggosok pakaian.

Bagi Catriona, yang cukup sinonim dengan watak ‘Mek Salmah’, beliau mengakui lebih selesa menggosok sendiri pakaian-pakaian khas yang diperbuat daripada fabrik halus seperti sutera atau yang mempunyai perincian manik yang rumit. Beliau menegaskan bahawa meskipun mempunyai pembantu, beliau bimbang jika suhu seterika yang salah boleh merosakkan busana berharga miliknya.

Dalam sesi tersebut, Catriona kelihatan sangat teruja mencuba seterika pintar Philips PerfectCare 8000 Series Steam Generator (PSG) yang membolehkan pengguna menggosok pelbagai jenis fabrik tanpa perlu menukar suhu, sekali gus menghapuskan kebimbangan pakaian hangus.

Sementara itu, bekas pembaca berita Sheahnee Iman Lee turut berkongsi cabaran yang sama sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata. Beliau berseloroh menyamakan dirinya dengan ahli gusti kerana terpaksa menggunakan tenaga yang banyak apabila menggosok pakaian seragam sekolah anak-anak menggunakan seterika berat yang biasa. Namun, menerusi demonstrasi bersama kakitangan Philips di cawangan Harvey Norman, Sheahnee berjaya membuktikan kecekapan teknologi apabila dapat menyiapkan sembilan helai pakaian seragam sekolah dalam masa kurang lima minit sahaja.

Antara keunggulan utama produk ini yang menarik perhatian ramai termasuklah:

Keupayaan Mengewap Berkuasa: Kuasa wapnya cukup kuat untuk menembusi sehingga lima lapisan pakaian secara serentak, bermakna pakaian tidak perlu lagi diterbalikkan.

Ringan & Versatil: Dengan berat hanya sekitar 900 gram, ia memudahkan pergerakan menggosok secara mendatar mahupun menegak untuk fabrik lembut.

Ciri Keselamatan: Seterika ini dilengkapi fungsi automatik yang akan terhenti sendiri jika tidak digunakan, memberikan ketenangan fikiran buat para ibu yang sering sibuk.

Pelbagai Guna: Selain pakaian, ia cukup ringan untuk dibawa mengewap tilam, bantal, dan sofa bagi tujuan penyahkuman di rumah.


Foto: Catriona bersama seorang peminat warga emas

Di sebalik kesibukan mempromosikan kemudahan teknologi rumah tangga, kedua-dua wanita hebat ini tetap tidak melupakan tanggungjawab sosial mereka.Catriona giat meningkatkan kesedaran mengenai Autisme, manakala Sheahnee kini aktif dalam bidang latihan korporat sambil mengimbangi didikan agama buat anak-anaknya. Mereka menyeru agar masyarakat terus menghargai peranan wanita dan ibu yang menjadi tulang belakang pembangunan sosial negara.


Foto: Sheahnee menyahut cabaran menggosok beberapa lapisan fabrik sekali gus

Loading...