Ikuti Kami:

Jaclyn Victor, Vanessa Reynauld ‘Pesaing Berbisa’ Di Singer 2026 – Malaysia

Jaclyn Victor, Vanessa Reynauld ‘Pesaing Berbisa’ Di Singer 2026 – Malaysia

KUALA LUMPUR – Pentas muzik tanah air bakal bergegar apabila dua permata vokal negara, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, disahkan bakal berentap dalam program pertandingan muzik bertaraf antarabangsa, Singer 2026 – Malaysia. Kehadiran dua bintang ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat seni suara, malah mereka dilihat sebagai “pesaing berbisa” yang bakal memberikan saingan sengit di atas pentas berprestij tersebut.

Dengan reputasi vokal yang mantap serta pengalaman luas, penyertaan mereka dianggap sebagai bukti kekuatan muzik dalam menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang. Majlis pelancaran rasmi yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur 9 Mei lalu turut mendedahkan barisan penyanyi utama lain yang akan menyertai persaingan, termasuk Geraldine Gan, Uriah See, Nicole Lai, dan Priscilla Abby.

Jaclyn Victor, Vanessa Reynauld ‘Pesaing Berbisa’ Di Singer 2026 – Malaysia

Kesemua enam bintang ini tampil dengan gaya tersendiri, menggabungkan kekuatan vokal dan populariti untuk menghangatkan musim sulung ini. Program Singer 2026 – Malaysia yang diterbitkan menerusi kolaborasi strategik antara Astro dan Mango TV ini merupakan satu langkah besar bagi mengangkat bakat tempatan ke peringkat global.

Lebih menarik, pemenang bagi edisi Malaysia ini berpeluang membawa cabaran negara ke pentas antarabangsa sebagai sebahagian daripada francais ‘Singer’ yang terkenal di seluruh dunia.

Bagaimanapun, laluan untuk bergelar juara bukan mudah. Pertandingan ini masih mempunyai dua slot kosong yang akan direbut oleh hampir 30 penyanyi dalam pusingan penyingkiran sengit pada episod pertama. Hanya dua peserta terbaik daripada kumpulan tersebut akan mara untuk melengkapkan senarai ‘Top 8’ sebelum persaingan sebenar bermula.

Jaclyn Victor, Vanessa Reynauld ‘Pesaing Berbisa’ Di Singer 2026 – Malaysia

Bermula episod kedua, penonton bakal menyaksikan pertembungan secara langsung yang menguji ketahanan teknik dan karisma pentas setiap peserta. Menambah elemen debar, setiap persembahan akan dinilai sepenuhnya oleh panel penonton bagi memastikan ketelusan dalam persaingan.

Singer 2026 – Malaysia dibawakan khas oleh penaja perdana Lausanjee dan disokong oleh Mah Sing sebagai penaja utama. Program Singer 2026 – Malaysia dijadualkan bersiaran sebanyak enam episod bermula 30 Mei 2026, setiap Sabtu pada jam 8.30 malam menerusi saluran Astro AEC (306), Astro GO, On Demand, dan aplikasi sooka.

Bagi peminat yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan detik bersejarah ini, Pek Hiburan Astro One kini ditawarkan pada harga serendah RM49.99 sebulan, merangkumi lebih 90 saluran termasuk kandungan terbaik dari luar negara. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari astro.com.my atau melalui WhatsApp di 03-9543 3838.

Loading...