HOKA Buka Butik Baharu di Pavilion KL, Luaskan Empayar Di Malaysia
- oleh Editor MYBUZZ
- 8 Sep 2026 9:21 am
KUALA LUMPUR – Jenama kasut dan pakaian sukan prestasi global terkemuka, HOKA, secara rasmi membuka tirai butik terbaharunya di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. Pembukaan butik ini menandakan permulaan era baharu bagi HOKA di Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang serta cita-cita jenama tersebut untuk terus berkembang di pasaran tempatan.
Sejak mula bertapak di Malaysia pada tahun 2024, HOKA menyaksikan pertumbuhan pesat bersama komuniti larian tempatan. Dengan trend pematuhan gaya hidup aktif yang kian meningkat di kalangan rakyat Malaysia sama ada pelari baharu mahupun atlet berpengalaman. Perluasan fizikal ini bertujuan untuk membawa inovasi produk HOKA lebih dekat kepada komuniti setempat.
Terletak di pusat beli-belah terkemuka ibu negara, premis di Pavilion KL (Lot 3.104.00) ini dipilih secara strategik bagi membolehkan jenama tersebut berinteraksi dengan kelompok pengguna dan peminat sukan yang lebih luas.

Butik baharu HOKA di Pavilion KL menampilkan tawaran pelbagai variasi produk merangkumi cawangan larian jalan raya (road running), larian denai (trail running), aktiviti kembara (hiking), hingga ke gaya hidup dan berjalan seharian (everyday walking).

Setiap kategori menggabungkan teknologi kasut termaju bersama ciri kusyen signature (signature cushioning) dan keselesaan optimum HOKA bagi menyokong setiap peringkat pergerakan pengguna.
Ketua Negara REV Edition Sdn Bhd, Regine Wong, berkata pembukaan butik baharu ini merupakan satu pencapaian penting dan titik permulaan bagi perancangan lebih besar jenama itu di Malaysia.
“Lebih daripada sekadar ruang runcit, HOKA Pavilion Kuala Lumpur mewakili babak baharu bagi HOKA dan komitmen kami untuk membawa inovasi prestasi kami kepada lebih ramai pelari, pejalan kaki, dan pengamal gaya hidup aktif. Apa yang kita raikan hari ini hanyalah permulaan kepada apa yang kami bayangkan untuk HOKA di Malaysia. Pada tahun-tahun mendatang, kami berhasrat untuk terus meluaskan rangkaian runcit kami di seluruh negara, di samping mencari jalan baharu untuk berhubung dengan rakyat Malaysia menerusi aktiviti komuniti, inisiatif jenama, dan kerjasama strategik,” jelas Regine Wong.
Majlis perasmian pembukaan butik tersebut telah disempurnakan menerusi acara pemotongan reben yang dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi REV Edition, Central Brand and Specialty Group, CRC Sports Company Limited, serta wakil pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur.
Pembukaan di Pavilion KL ini menyusul selepas usaha naiktaraf dan perluasan butik HOKA di Suria KLCC baru-baru ini. Kehadiran dua butik utama di lokasi ikonik Kuala Lumpur ini mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut di pasaran utama negara.
Selain penawaran produk fizikal, HOKA turut komited memperkasakan komuniti sukan tempatan menerusi program seperti HOKA Run Club dan Run It Again. Inisiatif ini menghimpunkan pelari melalui aktiviti larian komuniti serta latihan berstruktur bagi membantu mereka mencapai sasaran prestasi masing-masing, selari dengan falsafah jenama Fly Human Fly.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terbaharu dan aktiviti komuniti, orang ramai boleh melawati laman web rasmi hoka.com.my atau ikuti media sosial HOKA Malaysia di Instagram dan Facebook.
