Ikuti Kami:

Sasar 1 Juta Pengguna, MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Berasaskan Aset Fizikal

Sasar 1 Juta Pengguna, MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Berasaskan Aset Fizikal

Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin (tengah)  bersama-sama duta rasmi jenama tersebut, selebriti Yana Samsudin (kanan) menzahirkan pelancaran aplikasi MHS Gold di Sunway Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.

 

PETALING JAYA – Peluang memiliki aset berharga kini terbuka luas buat seluruh rakyat Malaysia apabila syarikat MHS Gold tampil melancarkan aplikasi emas digital terbaharu yang membolehkan pembelian dibuat serendah RM10 sahaja.

Dibangunkan dengan pendekatan yang lebih interaktif dan mesra pengguna, aplikasi canggih ini membolehkan orang ramai membeli serta menguruskan pegangan emas mereka secara dalam talian tanpa kekangan masa. Inisiatif ini sekaligus membuka ruang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mula membina simpanan secara berperingkat tanpa perlu memikirkan modal permulaan yang besar.

Sasar 1 Juta Pengguna, MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Berasaskan Aset Fizikal

Selebriti Yana Samsudin menerima lantikan sebagai duta rasmi jenama dari Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin

 

Sudah boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store, keistimewaan utama platform ini terletak pada jaminan integritinya. MHS Gold memastikan setiap transaksi pembelian yang dibuat oleh pengguna disandarkan sepenuhnya kepada emas fizikal yang disimpan secara selamat, sekali gus meyakinkan pengguna bahawa simpanan mereka memiliki sandaran nilai aset yang sebenar.

Malah, jumlah emas digital yang telah berjaya dikumpul juga boleh ditebus kepada emas fizikal, memberikan fleksibiliti mutlak kepada pemilik mengikut keperluan dan perancangan kewangan masing-masing.

Bukan sekadar platform jual beli emas yang biasa, elemen interaktif yang disuntik ke dalam aplikasi ini turut merubah pengalaman pembelian agar lebih menarik, lantas membantu pengguna menguruskan pegangan mereka secara lebih teratur dan konsisten. Pengguna kini mampu menetapkan sasaran peribadi serta memantau perkembangan pegangan aset emas mereka dengan lebih jelas dari masa ke masa.

Sasar 1 Juta Pengguna, MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Berasaskan Aset Fizikal

Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin

 

Mengulas mengenai hala tuju inovasi ini, Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin berkata, fokus utama aplikasi itu adalah bertunjangkan kepada kemudahan optimum serta pengalaman pengguna yang memuaskan.

“Kami ingin memudahkan akses supaya lebih ramai orang boleh membeli dan memiliki emas dengan cara yang ringkas dan tidak membebankan. Dalam masa yang sama, kami mahu pengguna rasa selesa dan seronok menggunakan aplikasi ini dalam mengurus pegangan mereka.

“Bila proses jadi lebih mudah dan konsisten, ia membantu pengguna membina disiplin dalam mengurus simpanan mereka,” jelasnya.

Dalam memastikan kelancaran dan keselamatan aplikasi, MHS Gold sentiasa memberi penekanan terhadap kepatuhan operasi serta garis panduan berwajib.

Melangkah penuh optimis, MHS Gold kini mensasarkan sasaran seramai satu juta pengguna aktif bersama 10,000 ejen profesional dalam misi besarnya untuk memperluaskan lagi akses pemilikan emas di negara ini.

Bagi orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai revolusi simpanan ini, maklumat serta perkembangan terkini boleh didapati dengan melayari akaun sosial rasmi MHS Gold di laman Facebook dan TikTok.

Loading...