Lokal

Bahang AMT2026 Makin Membara, Hari Gabungan Kuasa Satukan Calon, Artis Dan Peminat

Oleh

Bahang AMT2026 Makin Membara, Hari Gabungan Kuasa Satukan Calon, Artis Dan Peminat

KUALA LUMPUR — Bahang Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) semakin terasa apabila acara itu dibawa lebih dekat kepada peminat menerusi Hari Gabungan Kuasa, yang akan menghimpunkan calon, barisan artis dan peminat dalam dua acara istimewa pada 3 dan 4 Oktober ini.

Acara pertama akan berlangsung di AEON Mall Taiping, Perak pada 3 Oktober, disusuli hari kedua di MyKart Raceway, Shah Alam pada 4 Oktober.

Konsepnya bukan sekadar sesi bertemu peminat. Sebaliknya, AMT2026 bakal membuka ruang kepada calon dan artis untuk berinteraksi secara lebih dekat menerusi persembahan langsung, sesi manifesto serta aktiviti santai yang direka untuk menghidupkan lagi suasana menjelang malam anugerah.

Bahang AMT2026 Makin Membara, Hari Gabungan Kuasa Satukan Calon, Artis Dan Peminat
Meet & Greet Dengan Lebih Banyak ‘Power’

Di Taiping, peminat bukan sahaja berpeluang menyaksikan artis secara langsung, tetapi turut boleh menyertai Karaoke Challenge, sesi autograf dan bergambar.

Sesi manifesto pula memberi peluang kepada calon AMT2026 untuk tampil lebih dekat dengan peminat dan berkongsi mengapa mereka wajar terus diberi sokongan.

Antara hadiah yang ditawarkan kepada pengunjung termasuk peluang memenangi tiket ke CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026.

Format sebegini memberi dimensi berbeza kepada kempen AMT2026 kerana peminat tidak hanya melihat calon melalui skrin atau media sosial, sebaliknya dapat berinteraksi secara terus dalam suasana lebih santai.

Bahang AMT2026 Makin Membara, Hari Gabungan Kuasa Satukan Calon, Artis Dan Peminat

Esoknya, Giliran Go-Kart Pula

Selepas suasana meet & greet di Taiping, kemeriahan berpindah ke MyKart Raceway, Shah Alam pada 4 Oktober.Kali ini, barisan artis akan mengetuai kumpulan masing-masing dalam cabaran go-kart bersama peminat.

Aktiviti tersebut bukan sekadar menguji siapa paling laju di litar, tetapi turut menampilkan elemen kerja berpasukan apabila selebriti dan peminat bergabung untuk merebut gelaran juara.

Gabungan dua format ini menjadikan satu lebih dekat dengan persembahan dan interaksi, satu lagi bersifat kompetitif dan santai dengan menjadikan Hari Gabungan Kuasa sebagai platform yang lebih dinamik untuk membina momentum menjelang AMT2026.

Peminat Jadi Sebahagian Daripada Bahang AMT2026

Langkah membawa calon dan artis turun padang turut memberi peluang kepada peminat untuk merasai sendiri kemeriahan acara sebelum malam anugerah berlangsung.Pendekatan itu menjadikan peminat bukan lagi sekadar penonton, tetapi sebahagian daripada pengalaman AMT2026 itu sendiri.

Hari Gabungan Kuasa akan bermula di AEON Mall Taiping pada 3 Oktober 2026, jam 12 tengah hari, sebelum diteruskan di MyKart Raceway, Shah Alam pada 4 Oktober 2026, juga jam 12 tengah hari.

Dengan calon, artis dan peminat disatukan dalam dua lokasi serta dua pengalaman berbeza, AMT2026 kini bukan sekadar menunggu malam anugerah tetapi bahangnya sudah mula dirasai dari sekarang.

, , , ,

Verified by MonsterInsights