Komuniti

Platform i-DATO Kukuhkan Rangkaian Korporat Dan Memerangi Isu Gelaran Palsu

Oleh

Platform i-DATO Kukuhkan Rangkaian Korporat Dan Memerangi Isu Gelaran Palsu

KUALA LUMPUR— Platform komuniti perniagaan i-DATO terus memperkasakan peranan sebagai jambatan rangkaian korporat yang sah menerusi penganjuran Sesi Rangkaian Dan Interaksi Komuniti i-DATO 2026 yang berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur, hari ini.

Foto Sesi Rangkaian dan Interaksi Komuniti i-DATO’ 2026 diadakan di Kuala Lumpur petang tadi.

Pengasas i-DATO, Dato’ Sri Sabaruddin bin Ahmad, menegaskan bahawa platform yang telah beroperasi selama lebih 10 tahun ini bukan sekadar platform rangkaian perniagaan, malah berfungsi sebagai medium pengesahan untuk memastikan setiap ahli yang menyertai adalah pemilik gelaran kebesaran yang tulen. Langkah ini diambil bagi membendung peningkatan kes penipuan perniagaan yang melibatkan individu menggunakan gelaran tidak sah.

Foto Pengasas i-DATO, Dato’ Sri Sabaruddin bin Ahmad

Dalam kenyataan beliau bersama pihak media hari ini, Dato’ Sri Sabaruddin bin Ahmad menegaskan kepentingan platform ini dengan berkata,

“Sebenarnya hari ini adalah hari perjumpaan beberapa ahli untuk i-DATO. Platform yang kita buat ini adalah selama lebih 10 tahun dan sekarang keahlian kita melebihi 1,000 orang. Sekarang ini zaman dah makin canggih dan banyak sangat penipuan yang berlaku. Bila kita tak mengenali siapa yang kita nak berurusan dalam perniagaan, ia akan menimbulkan masalah kepada perniagaan dan jaringan kita. Terlalu banyak gelaran Datuk sekarang, malah ada yang umur 20 tahun pun dah bergelar Datuk. Oleh sebab itu, kita buat platform ini untuk menggalakkan pengesahan bagi mengenal pasti siapa Datuk yang sebenar dan siapa yang palsu. Menerusi permohonan keahlian, pihak kita akan membuat semakan dan verifikasi terlebih dahulu menerusi SUK Negeri dan saluran rasmi.”

Di samping berfungsi sebagai pusat semakan keabsahan gelaran, platform i-DATO turut menawarkan pelbagai manfaat dan keistimewaan eksklusif kepada para ahlinya. Antaranya termasuklah potongan diskaun sehingga 20 peratus bagi rawatan di hospital rangkaian KPJ, diskaun penginapan dan hidangan di hotel tempatan, serta tawaran istimewa bagi perkhidmatan pengawal peribadi dan klinik estetik yang boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih khas. Selain ahli yang bergelar, i-DATO turut menyediakan ruangan keahlian bagi Ahli Kehormat (Honorary Member).

Foto Dari Kiri Pengasas i-DATO, Dato’ Sri Sabaruddin bin Ahmad bersama Dato’ Yeoh Gin Chin.

Keahlian platform ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM2,999 bagi tempoh tiga tahun, di mana antara selebriti terkenal tanah air yang turut menyertai platform ini ialah penyanyi rock legenda, Dato’ Awie.

Dengan sasaran penambahan sekurang-kurangnya 500 ahli berdaftar yang disahkan setiap tahun, perhimpunan tahunan ini turut menyaksikan kehadiran tokoh korporat dan wakil jemputan khas. Penganjuran program interaktif sebegini dijangka dapat terus membuka lebih banyak peluang kerjasama perniagaan serta perkongsian kepakaran merentasi pelbagai sektor industri tempatan.

,

Verified by MonsterInsights