Konsert

Ziana Zain, Erra Fazira & Elite Bergabung! Himpun 10 Anak Seni Gegarkan Konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh

Ziana Zain, Erra Fazira & Elite Bergabung! Himpun 10 Anak Seni Gegarkan Konsert ‘Elegant Selamanya’

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan kulit terkemuka, Elegant Cosmetics, bakal melakar satu lagi sejarah tersendiri menerusi penganjuran Live Concert: Elegant Selamanya yang dijadualkan berlangsung dengan meriah di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2026. Konsert julung kali ini diadakan khusus untuk memegang visi memperkasakan setiap individu agar tampil lebih yakin, berseri, dan menghargai keindahan kulit sendiri melalui solusi penjagaan kulit yang berkualiti tinggi sejak mula diperkenalkan pada tahun 2020.

Penganjuran konsert ini tampil lebih istimewa apabila menghimpunkan seramai 10 barisan anak seni legenda serta figura popular daripada pelbagai generasi untuk merayakan konsep kecantikan secara universal. Antara barisan artis hebat yang bakal memeriahkan pentas malam tersebut termasuklah penyanyi tersohor Datuk Ziana Zain, aktres jelita Erra Fazira, Adira Suhaimi, kumpulan vokal wanita popular Elite, Nourul, Anggrek, Umai, Odda, pelakon versatil Azar Azmi, serta Zaki Yamani yang menjadi satu-satunya penyanyi lelaki dalam barisan persembahan.


Foto dari kiri Pengarah Muzik Jay Kugat, Pengarah Elegant Cosmetics, Dato Al Amin dan Duta Elegant Cosmetics, Azar Azmi hadir ke sidang media yang diadakan semalam di Ampang Coffee House, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Elegant Cosmetics, Dato Al Amin, pemilihan barisan artis ini dibuat secara teliti kerana mereka mewakili sifat kecantikan wanita yang subjektif, di mana kecantikan sejati bukan sekadar terletak pada paras rupa dan pemakaian semata-mata, sebaliknya turut terserlah melalui sikap serta cerminan hati yang tulus. Beliau turut menambah bahawa kehadiran Zaki Yamani memberikan dimensi dan pengertian kecantikan yang unik dari sudut pandang seorang lelaki, manakala penglibatan Azar Azmi meskipun bukan seorang penyanyi professional membuktikan komitmen jenama ini dalam merayakan erti kecantikan tanpa sebarang batasan konotasi.

Sementara itu, Erra Fazira yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia/World 1992 berkongsi pandangan bahawa Live Concert: Elegant Selamanya bukan sekadar sebuah konsert hiburan hiburan biasa yang menghimpunkan 10 artis di atas satu pentas. Sebaliknya, ia adalah sebuah malam bermakna yang harus diraikan oleh semua peminat, khususnya golongan wanita, untuk lebih menghargai diri sendiri kerana aura kecantikan yang sebenar akan terpancar secara semula jadi apabila seseorang itu yakin dengan keperibadian diri.

Selain disajikan dengan persembahan bertenaga di bawah arahan Pengarah Muzik Jay Kugat yang memastikan susunan lagu dan persembahan tampil kemas serta memukau, para penonton juga bakal disajikan dengan satu segmen khas. Segmen istimewa tersebut diadakan khusus untuk memperkenalkan produk terbaharu daripada Elegant Cosmetics sebelum persembahan konsert bermula, sekaligus menggabungkan elemen dunia kecantikan, muzik, dan hiburan dalam satu malam yang sama.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan pengalaman muzikal ini, tiket mula dijual pada 3 Oktober 2026, jam 3 petang menerusi platform rasmi https://nak.info/elegant. Tiket ditawarkan mengikut pelbagai kategori harga seperti Elegant Royal VIP Royal Box (RM6,032), Elegant Prestige – VIP Numbered Seating (RM499), Elegant Premiere – Numbered Seating (RM399), Elegant Premiere Limited Seat (RM199), Elegant Deluxe – Premium Seating (RM358), serta Elegant Classic – Premium Seating (RM259).

, , , , ,

Verified by MonsterInsights