Lokal

Ikon Aspirasi Tawar Hadiah Wang Tunai RM10K & Geran Kreatif, Nasha Aziz Dipilih Sebagai Juri

Oleh

Ikon Aspirasi Tawar Hadiah Wang Tunai RM10K & Geran Kreatif, Nasha Aziz Dipilih Sebagai Juri

 

KUANTAN – Nama figura tersohor tanah air, Nasha Aziz, sememangnya tidak asing lagi dalam arena peragaan dan hiburan Malaysia. Kini, pengalaman luas dan kredibiliti beliau selama berdekad dalam industri seni bakal disuntik ke pentas pencarian bakat baharu menerusi program berprestij, Ikon Aspirasi Pahang yang pertama, selepas beliau dipilih secara rasmi sebagai salah seorang juri bagi Sesi Ujibakat program berkenaan.

Nasha bakal menyertai barisan panel juri professional antaranya Dr Azu Shahadan; pakar motivasi terkenal dan usahawan serta Dato’ Emma Ibrahim Mrs Malaysia 2025 dan pakar bimbingan personaliti untuk menilai para peserta yang hadir bersaing merebut peluang keemasan menjadi antara 20 individu terpilih bagi program pencarian bakat ini.

Sesi Ujibakat Ikon Aspirasi Pahang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2026 (Ahad) pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Shahzan Hotel, Kuantan, Pahang.

Para peserta bukan sahaja berpeluang dinilai daripada aspek teknikal kandungan digital, bahkan berpeluang mempamerkan karisma, bakat serta personaliti di hadapan seorang ikon yang arif mengenai skil pembawaan diri, daya penarik di hadapan kamera serta keyakinan pentas.

Menariknya, komitmen Nasha tidak terhenti setakat sesi penjurian. Sejurus 20 Ikon terpilih diumumkan pada hari ujibakat tersebut, Nasha akan terus mendampingi mereka menerusi sesi khas Breakfast bersama Nasha Aziz pada keesokan harinya, 5 Oktober 2026.

Sesi eksklusif tersebut dirangka bagi membolehkan para finalis mengenali figura seni ini dengan lebih dekat, di samping menerima suntikan semangat, bimbingan awal (briefing) serta perkongsian berharga mengenai cabaran realiti dunia seni dan industri kreatif sebagai bekalan fasa seterusnya.

Selepas sesi pengenalan bersama Nasha Aziz, 20 Ikon terpilih akan melangkah ke fasa pembangunan bakat berstruktur, merangkumi: TikTok Bootcamp & Mentoring: Latihan intensif penciptaan kandungan kreatif dan strategi tular media sosial. Reality Digital Experience: Cabaran dunia digital secara langsung untuk menguji ketahanan mental dan kreativiti. Aktiviti Sosial & Eko-Pelancongan: Eksplorasi keunikan negeri Pahang bagi memperkasa promosi pelancongan tempatan. Pembangunan Personal Branding: Pembentukan imej profesional, komunikasi berimpak tinggi dan etika industri.

Pendekatan ini direka bagi memastikan peserta tidak sekadar mencuba nasib di bilik ujibakat, sebaliknya menjalani transformasi pembangunan bakat holistik untuk bersedia bekerjasama dengan jenama terkemuka dan pemain industri digital.

 

Foto Nasha Aziz

“Mungkin Ada Bakat Yang Belum Kita Lihat” – Nasha Aziz

Berkongsi keterujaan mengenai penyertaannya, Nasha Aziz berkata:

“Kadang-kadang seseorang itu mempunyai potensi luar biasa, tetapi belum pernah mendapat platform yang tepat untuk menunjukkannya. Saya melihat Ikon Aspirasi Pahang sebagai satu ruang terbaik untuk anak muda dan bakat tempatan berani tampil ke hadapan, mencabar kemampuan diri dan melihat sejauh mana mereka boleh melangkah.

Saya amat teruja untuk bertemu dengan 20 Ikon yang bakal dipilih nanti dan berkongsi pengalaman yang saya timba sepanjang berada dalam industri ini.”

Pencarian Ikon Aspirasi Pahang dibuka kepada individu yang mempunyai kaitan dengan negeri Pahang, berumur antara 18 hingga 49 tahun, berpesonaliti menarik serta berminat meneroka dunia penciptaan kandungan digital (TikTok, livestreaming, dan media sosial).

Walaupun penyertaan terbuka kepada mereka yang sudah mempunyai pengikut tinggi di media sosial, ruang tetap dibuka seluas-luasnya kepada bakat baharu yang berpotensi besar.

Sebanyak 20 Ikon yang terpilih pada 4 Oktober 2026 bakal menikmati faedah eksklusif, antaranya: Pengiktirafan rasmi di peringkat negeri dan sijil penghargaan daripada YAB Menteri Besar Pahang. Program modul pembangunan bakat profesional secara percuma. Peluang merebut hadiah utama bernilai RM10,000. Peluang dipertimbangkan bagi projek kolaborasi bersama pelbagai jenama korporat dan agensi berkaitan.

Pendaftaran kini dibuka. Individu yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta mendaftar secara dalam talian melalui saluran rasmi laman web www.ikonofficial.com dan ikuti akaun Tiktok rasmi IKON PAHANG 1st.

 

, ,

Verified by MonsterInsights