Ikuti Kami:

Lovebites Live In Kuala Lumpur Hampir Sold Out, Sambutan Peminat Luar Biasa

Lovebites Live In Kuala Lumpur Hampir Sold Out, Sambutan Peminat Luar Biasa

KUALA LUMPUR: Peminat muzik metal tempatan nampaknya tidak sabar menantikan kemunculan kumpulan metal wanita fenomena dari Jepun, Lovebites, apabila tiket konsert mereka kini sudah mencecah jualan 60 peratus.

Bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini, konsert Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Rockstage Entertainment itu menandakan penampilan sulung mereka di Malaysia.

Perkembangan jualan tiket yang memberangsangkan itu membuktikan sambutan luar biasa peminat tempatan yang sekian lama menantikan peluang untuk melihat sendiri kehebatan mereka beraksi secara langsung.

Bagi mereka yang masih berkira-kira, ini bukan masanya untuk menunggu sehingga saat akhir kerana tiket kian menyusut dan konsert sulung ini berpotensi besar untuk mencatat kehadiran penuh. Konsert di Kuala Lumpur ini juga merupakan sebahagian daripada siri jelajah Outstanding Tour – SEA 2026 yang turut singgah di Singapura pada 2 Oktober dan Thailand pada 3 Oktober.

Lovebites Live In Kuala Lumpur Hampir Sold Out, Sambutan Peminat Luar Biasa

Jangan terlepas! Lovebites bawa aksi Metal bertaraf dunia ke Kuala Lumpur.

 

Bawa Profil Antarabangsa Ke Pentas Tempatan

Ditubuhkan pada tahun 2016, Lovebites membariskan lima pemuzik wanita berbakat besar iaitu Asami di posisi vokal, Midori (gitar), Miyako (gitar dan kibod), Fami (bass) serta Haruna (dram). Kumpulan ini pantas mencipta identiti tersendiri menerusi gabungan elemen heavy metal, power metal, dan speed metal yang diperkukuhkan dengan melodi dramatik dan permainan instrumen berintensiti tinggi.

Kekuatan Lovebites bukan sekadar terletak pada vokal Asami yang mantap, malah aksi gitar bertaraf teknikal dan pantas oleh Midori dan Miyako sentiasa memukau peminat. Ia turut dilengkapkan dengan bunyian bass menggelegar daripada Fami serta hentakan dram tanpa henti oleh Haruna, lantas menjanjikan sebuah persembahan yang berat dan bertenaga.

Kredibiliti mereka di persada antarabangsa sudah terbukti. Selain pernah beraksi di festival muzik berprestij dunia seperti Wacken Open Air, kumpulan ini turut melakar sejarah apabila merangkul anugerah Best New Band di Metal Hammer Golden Gods Awards 2018. Pencapaian itu sekali gus meletakkan mereka sebagai antara nama paling penting dalam generasi baharu muzik metal Jepun.

Lovebites Live In Kuala Lumpur Hampir Sold Out, Sambutan Peminat Luar Biasa

Peminat Metal jangan tunggu lagi, tiket konsert sulung Lovebites di Malaysia semakin laris. 80% tiket sudah habis! Lovebites bersedia gegar Kuala Lumpur Oktober ini.

 

Pengalaman Intim Di Zepp KL

Tahun ini, Lovebites meneruskan momentum luar biasa mereka dengan mengadakan siri jelajah di Eropah, United Kingdom, dan Jepun. Ini termasuklah pencapaian gah beraksi di pentas ikonik yang menjadi impian ramai penggiat seni, iaitu Nippon Budokan.

Tenaga luar biasa itu kini akan dibawa terus ke pentas Zepp KL. Pemilihan lokasi ini sangat tepat kerana ia bakal memberikan suasana yang lebih dekat dan intim antara penonton dan artis. Setiap raungan gitar, dentuman dram, dan kelantangan vokal pasti dapat dirasai dengan lebih mendalam oleh setiap peminat metal yang hadir.

Pengalaman menyaksikan gabungan riff laju dan solo gitar di depan mata nyata satu dimensi yang jauh berbeza berbanding hanya menonton video persembahan mereka di YouTube. Persembahan metal berintensiti tinggi daripada lima wanita hebat ini menjadikan konsert tersebut satu acara wajib tonton bagi tahun 2026.

Peminat yang belum mendapatkan tiket disarankan untuk bertindak dengan pantas menerusi laman web rasmi My Ticket Empire di pautan https://www.myticketempire.com/lovebiteskl.

Loading...