Ikuti Kami:

KamiSempoi Golden Award 2025 Kembali Edisi Ke-4, Bakal Iktiraf Hos TikTok LIVE & Cetus Revolusi ‘Live Streamer’!

KamiSempoi Golden Award 2025 Kembali Edisi Ke-4, Bakal Iktiraf Hos TikTok LIVE & Cetus Revolusi ‘Live Streamer’!

KUALA LUMPUR — Acara penganugerahan berprestij industri pencipta kandungan, KamiSempoi Golden Award 2025 anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA) bakal kembali buat tahun keempat berturut-turut pada 28 Ogos 2026 di Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Seri Kembangan.

Penganjuran edisi kali ini bukan sekadar mengiktiraf peranan pencipta kandungan digital dan hos TikTok LIVE dari seluruh negara, malah bakal melakar sejarah menerusi pelancaran KamiSempoi Premier Academy.

KamiSempoi Golden Award 2025 Kembali Edisi Ke-4, Bakal Iktiraf Hos TikTok LIVE & Cetus Revolusi 'Live Streamer'!

Pengasas KamiSempoi International Agency (KSIA), To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee (tengah) bersama Duta KamiSempoi International Agency, aktor Riezman Khuzaimi, penaja serta barisan hos lansung yang bakal diraikan pada majlis Anugerah KamiSempoi Golden Award 2025 Ogos nanti.

 

Pengiktirafan 20 Kategori & Perkembangan Serantau

Sebanyak 20 kategori bakal dipertandingkan bagi meraikan pelbagai peranan dalam ekosistem KSIA, yang kini merangkumi komuniti kira-kira 4,300 orang hos lansung (live host) di Malaysia, 1,500 di Indonesia, dan 200 di Singapura.

  • 13 Kategori: Dikhususkan kepada Live Host.
  • 3 Kategori: Pengiktirafan buat Sub Agency dan Talent Manager.
  • 1 Kategori: Anugerah buat Gifter.
  • 3 Kategori Utama: Pengiktirafan mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore, dan Top Host Indonesia.

KamiSempoi Golden Award 2025 Kembali Edisi Ke-4, Bakal Iktiraf Hos TikTok LIVE & Cetus Revolusi 'Live Streamer'!

20 anugerah, ribuan hos, KamiSempoi Golden Award 2025 jadi titik permulaan era baharu penstriman lansung Malaysia.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KSIA, Pakcik Chin Swee, pemilihan pemenang pada tahun ini dibuat secara lebih ketat berdasarkan pencapaian diamond dan komitmen prestasi LIVE, bukannya bersandarkan faktor populariti semata-mata. Rangkaian Rakan Niaga KSIA secara keseluruhan telah menghasilkan lebih 150 juta diamond, sekali gus membuktikan potensi ekonomi digital yang besar.

Lancar KamiSempoi Premier Academy, Lonjak Standard ‘Douyin’

Sebagai langkah memperkasakan industri, KSIA melancarkan KamiSempoi Premier Academy yang beroperasi di Quill City Mall, Kuala Lumpur bagi melatih ahli penstriman lansung (live streamer) secara tersusun dan profesional. Langkah ini diambil bagi menaikkan standard kualiti persembahan live streaming tempatan agar mampu bersaing dengan penanda aras luar negara seperti platform Douyin di China.

KamiSempoi Premier Academy diwujudkan sebagai platform pembangunan bakat yang direka khusus untuk melahirkan generasi baharu ahli penstriman lansung profesional. Akademi ini terbuka kepada individu daripada pelbagai latar belakang termasuk suri rumah, pelajar, pengacara, artis mahupun orang awam yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri penstriman lansung. Bagaimanapun, kemasukan ke akademi ini akan melalui proses temuduga dan saringan bagi menilai tahap komitmen, kesungguhan serta potensi komunikasi setiap calon.

KamiSempoi Golden Award 2025 Kembali Edisi Ke-4, Bakal Iktiraf Hos TikTok LIVE & Cetus Revolusi 'Live Streamer'!

KamiSempoi Premier Academy sedia latih hos TikTok LIVE bertaraf profesional. – Gambar Janaan AI

 

Peserta yang terpilih akan mengikuti kurikulum pembangunan selama satu tahun yang dirangka secara menyeluruh bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam komuniti penstriman lansung profesional. Program latihan ini merangkumi aspek teknikal, pembangunan kandungan, susun atur studio (live setup), penampilan diri (grooming), kemahiran komunikasi, teknik penyampaian, interaksi dengan penonton serta penguasaan elemen penting seperti kualiti audio, pencahayaan dan produksi siaran langsung.

Bagi memastikan peserta benar-benar bersedia untuk menceburi industri ini secara profesional, akademi turut menetapkan penanda aras graduasi yang jelas, iaitu mencapai sasaran 1 juta diamond dalam tempoh satu tahun. Namun, peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang dan perkembangan luar biasa berpeluang mencapai sasaran tersebut lebih awal, malah ada potensi untuk menamatkan program dalam tempoh sekitar enam bulan.

Sebagai tambahan kepada latihan dan pembangunan kemahiran, KamiSempoi International Agency (KSIA) turut menyediakan kemudahan studio siaran lansung profesional secara sewaan bagi membantu peserta yang belum mempunyai modal untuk membangunkan studio sendiri. Kemudahan ini dilengkapi dengan peralatan asas yang diperlukan untuk siaran langsung berkualiti tinggi, termasuk komputer berprestasi tinggi, kamera, sistem audio dan kelengkapan teknikal lain, sekali gus membolehkan peserta memberi tumpuan kepada pembangunan bakat serta prestasi mereka tanpa dibebani kos permulaan yang tinggi.

Menerusi gandingan anugerah pengiktirafan dan akademi latihan ini, KSIA berhasrat mengubah persepsi ‘kerja dari rumah’ menjadi satu kerjaya profesional yang mempunyai disiplin, daya saing, dan standard produksi tinggi.

Loading...