Ikuti Kami:

Pop Yeh-Yeh Kembali Menggegarkan KL! Jeffrydin, J-Sham dan Rani Kulup Hangatkan Retro Bangkit 2026

Pop Yeh-Yeh Kembali Menggegarkan KL! Jeffrydin, J-Sham dan Rani Kulup Hangatkan Retro Bangkit 2026

KUALA LUMPUR – Gelombang dan nostalgia irama era 1960-an bakal menggegarkan ibu kota menerusi penganjuran Retro Bangkit – Pesta Pop Yeh-Yeh 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 19 September 2026.

Acara anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (JKKPS) itu akan mengambil tempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam dengan kemasukan percuma untuk orang ramai.

Kemunculan Legenda & Personaliti Ikonik

Di bawah tema “Nostalgia Kembali • Legenda Beraksi • Bakat Baharu Dicari”, pesta ini menampilkan tarikan utama menerusi persembahan pentas daripada idola irama Pop Yeh-Yeh tanah air, Dato’ Jeffrydin dan Dato’ J-Sham.

Pop Yeh-Yeh Kembali Menggegarkan KL! Jeffrydin, J-Sham dan Rani Kulup Hangatkan Retro Bangkit 2026

‘Retro Bangkit 2026’ kembalikan magis Pop Yeh-Yeh, Jeffrydin dan J-Sham bakal gegar

Kuala Lumpur.

 

Kemeriahan majlis bakal bertambah kehangatan dengan kemunculan personaliti ikonik, Ayahanda Rani Kulup. Kesemua mereka akan diiringi oleh Kipidap Family Group, manakala Bob Ringgo menggalas tanggungjawab sebagai pengacara sepanjang program berlangsung.

Penganjuran ini bertujuan menghidupkan semula khazanah muzik retro, sekali gus memperkenalkan identiti serta pengaruh Pop Yeh-Yeh kepada generasi masa kini menerusi pertembungan dua generasi di atas satu pentas.

Pencarian Pelapis Menerusi ‘Idola Pop Yeh-Yeh 2026’

Bagi memastikan warisan muzik ini tidak luput dimakan zaman, penganjur turut mengadakan Pertandingan Idola Pop Yeh-Yeh 2026 bagi mencungkil bakat pelapis baharu yang mampu membawakan gaya, karakter, dan irama berkenaan menerusi pendekatan segar.

Pop Yeh-Yeh Kembali Menggegarkan KL! Jeffrydin, J-Sham dan Rani Kulup Hangatkan Retro Bangkit 2026

Ayahanda Rani Kulup  bakal menghangatkan malam ‘Retro Bangkit 2026’ diiringi

Kipidap Family Group.

 

Penyertaan pertandingan nyanyian ini ditawarkan secara percuma. Pemenang johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala naib johan menerima RM500 dan tempat ketiga membawa pulang RM300. Penganjur turut menyediakan lima hadiah saguhati bernilai RM100 setiap seorang.

Pendaftaran peserta dibuka seawal jam 2.00 petang, disusuli peringkat saringan pada jam 3.00 hingga 5.00 petang, sebelum lima peserta terbaik mara ke pusingan akhir pada jam 5.30 petang. Peserta yang berminat boleh mendaftar menerusi talian WhatsApp +6014-641 4295.

Menerusi gabungan persembahan legenda dan platform pencarian bakat baharu ini, DBKL berharap Retro Bangkit 2026 dapat menjadi jambatan perpaduan dan meraikan warisan seni muzik popular tempatan bersama seluruh warga ibu kota.

Loading...