Ikuti Kami:

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Dianugerahkan Gelaran Dato’ Seri Sempena Hari Ulang Tahun TYT Pulau Pinang

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Dianugerahkan Gelaran Dato’ Seri Sempena Hari Ulang Tahun TYT Pulau Pinang

Foto Sumber: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib. Ucapan hormat tersebut disampaikan oleh beliau secara terbuka menerusi satu hantaran rasmi di laman Facebook miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial berkenaan, Fahmi turut menitipkan doa yang penuh keikhlasan agar TYT Tun sekeluarga sentiasa berada di bawah naungan lindungan serta rahmat Allah SWT. Beliau juga mendoakan supaya Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang itu terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup, serta kebahagiaan yang berkekalan dalam mengayungi kedaulatan negeri dan rakyat.

Hantaran tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen yang turut sama membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat, malah mencerminkan keakraban hubungan serta rasa hormat yang tinggi antara pemimpin Kerajaan Persekutuan terhadap institusi Yang di-Pertua Negeri. Selain mendoakan kesejahteraan TYT Tun, hantaran di platform Facebook itu turut menjadi medan buat orang ramai mengucapkan tahniah kepada Fahmi Fadzil sendiri yang baru sahaja dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan tersebut.

Loading...