Ikuti Kami:

iQOO 15R Rasmi: ‘Performance Trio’ Gempur Gaming Tanpa Lag, Bateri 7600mAh Paling Padu

iQOO 15R Rasmi: ‘Performance Trio’ Gempur Gaming Tanpa Lag, Bateri 7600mAh Paling Padu

KUALA LUMPUR – Jenama gaming berprestasi tinggi, iQOO, sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran rasmi iQOO 15R di Malaysia, sebuah peranti flagship yang dibina berasaskan konsep “Performance Trio”, terdiri daripada gabungan operasi lancar, bateri tahan lama dan kestabilan suhu optimum.

Direka khas untuk memenuhi keperluan gamer moden serta pengguna berintensiti tinggi, iQOO 15R menggabungkan kuasa pemprosesan, sistem penyejukan pintar dan kapasiti bateri luar biasa dalam satu pakej yang seimbang.

 

iQOO 15R Rasmi: ‘Performance Trio’ Gempur Gaming Tanpa Lag, Bateri 7600mAh Paling Padu

Tunjang utama peranti ini ialah cip pemproses Snapdragon® 8 Gen 5 Mobile Platform yang dipadankan dengan Supercomputing Chip Q2 serta Monster HyperCore Engine. Seni bina dwi-cip ini membolehkan iQOO 15R mencapai prestasi stabil walaupun dalam sesi gaming berat dan multitasking agresif.

Pengguna boleh menikmati paparan resolusi super 1.5K bertaraf PC serta sokongan interpolasi kadar bingkai sehingga 144FPS, menjadikan visual lebih tajam dan pergerakan lebih lancar — satu kelebihan besar dalam permainan kompetitif.

Dari sudut ketahanan bateri, iQOO 15R tampil dengan bateri silikon anod 7600mAh, antara yang terbesar dalam kelasnya. Walaupun berkapasiti besar, reka bentuknya kekal nipis berkat teknologi ketumpatan tenaga tinggi.

Bagi memastikan suhu kekal terkawal, sistem 6.5K IceCore VC Cooling bersama lapisan grafit dwi-lapisan membantu menyebarkan haba secara efisien. Ini bermakna prestasi kekal konsisten tanpa isu overheat walaupun digunakan untuk tempoh lama. Tambahan pula, teknologi 100W FlashCharge membolehkan pengecasan pantas, manakala Advanced Bypass Charging membantu mengurangkan haba ketika mengecas sambil bermain.

Paparan 6.59 inci 1.5K AMOLED Esports dengan kadar segar semula 144Hz melengkapkan pengalaman visual yang imersif. Skrin ini bukan sahaja menyajikan warna yang hidup dan respons pantas, malah dilengkapi perlindungan mata peringkat perkakasan untuk mengurangkan keletihan visual semasa sesi panjang. Reka bentuk keseluruhan peranti turut diberi perhatian dengan bingkai logam premium dan kemasan belakang yang kemas, menjadikannya selesa digenggam walaupun untuk tempoh lama.

Bukan sekadar gaming, iQOO 15R turut memberi penekanan kepada fotografi dengan kamera utama 50MP Sony LYT-700V lengkap OIS yang disokong algoritma vivo NICE untuk tangkapan lebih tajam dan stabil, termasuk keupayaan 2x Lossless Zoom. Kamera hadapan 32MP pula sesuai untuk swafoto berkualiti tinggi serta penciptaan kandungan media sosial.

iQOO 15R Rasmi: ‘Performance Trio’ Gempur Gaming Tanpa Lag, Bateri 7600mAh Paling Padu

Menariknya, iQOO 15R turut dinamakan sebagai telefon rasmi Malaysian Kings League (MKL) 2026, membuktikan keupayaannya diuji dalam persekitaran e-sukan sebenar berintensiti tinggi. Pengiktirafan ini memperkukuh reputasinya sebagai peranti yang mampu mengekalkan kestabilan prestasi ketika saat-saat genting pertandingan.

Dari segi harga dan promosi, iQOO 15R ditawarkan pada RM2,499 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,699 bagi 12GB + 512GB, hadir dalam pilihan warna Pixel Silver dan Dark Knight. Sempena pelancaran dari 2 hingga 8 Mac, pembeli berpeluang menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM458 termasuk iQOO Buds, jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan skrin retak selama 180 hari. Peranti ini boleh didapati melalui platform rasmi iQOO di TikTok, Shopee, Lazada serta vivo Concept Store.

Secara keseluruhan, iQOO 15R bukan sekadar telefon pintar berkuasa tinggi, tetapi sebuah peranti yang dirumus khusus untuk mereka yang menuntut prestasi konsisten, bateri tahan lama dan pengalaman gaming profesional dalam satu pakej premium. Dengan “Performance Trio” sebagai asas, ia jelas menyasarkan kedudukan sebagai antara telefon gaming paling berbaloi dalam segmennya tahun ini.

Loading...