Ikuti Kami:

Fury Championship Vol. II: 26 Petarung 7 Negara Gegar Karisma Arena Sabtu Ini

Fury Championship Vol. II: 26 Petarung 7 Negara Gegar Karisma Arena Sabtu Ini

SEREMBAN – Arena sukan tempur tempatan bakal bergelora sekali lagi apabila kejohanan berprestij, Fury Championship Vol. II, sedia menggegarkan Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini (25 Julai).

Edisi kali ini menampilkan penganjuran berskala lebih besar dengan menghimpunkan 26 petarung hebat dari tujuh buah negara. Sebanyak 13 pertarungan sengit telah dirangka yang menggabungkan aksi profesional, kemunculan bakat baharu serta perebutan tali pinggang kejuaraan di atas gelanggang.

Tumpuan utama kejohanan sudah pasti terarah kepada perebutan Fury Muay Thai Lightweight Championship yang menyaksikan pertembungan berdarah panas antara wakil negara, Izat Zaki, berdepan pencabar liat dari Indonesia, Brian Lawitan.

Fury Championship Vol. II: 26 Petarung 7 Negara Gegar Karisma Arena Sabtu Ini

Selain pertembungan kemuncak itu, beberapa lagi perlawanan berprofil tinggi bakal menjadi perhatian peminat tempatan. Antaranya termasuk aksi kelibat petarung popular tanah air seperti Danial ‘Kereta Kebal’, Daelonial ‘Kilat Boy’, Amisha, serta Bimo ‘Baby Legion’ yang bersedia menentang lawan dari Indonesia, Thailand, Morocco dan Iran.

Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, debaran malam pertarungan itu boleh disaksikan secara langsung menerusi perkhidmatan Pay-Per-View (PPV) eksklusif di platform Tonton pada harga RM16.90.

Fury Championship Vol. II: 26 Petarung 7 Negara Gegar Karisma Arena Sabtu Ini

Sebagai rakan penyiaran rasmi, Tonton membawakan liputan lengkap di mana lima perlawanan pembukaan bermula jam 5.00 petang boleh disaksikan secara percuma. Seterusnya, sajian pertarungan utama yang lebih berprestij akan mula disiarkan secara eksklusif menerusi Tonton PPV bermula jam 8.00 malam.

Penganjuran edisi kedua ini dijangka meneruskan momentum kejayaan edisi sulung yang pernah mencatatkan jutaan tontonan digital, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Fury Championship sebagai antara pentas sukan tempur paling diminati di rantau ini.

Loading...