Gaya

Bukan Sekadar Pink! Casio Lancar G-SHOCK Edisi Pink Ribbon, Sokong Kesedaran Kanser Payudara

Oleh

Bukan Sekadar Pink! Casio Lancar G-SHOCK Edisi Pink Ribbon, Sokong Kesedaran Kanser Payudara

KUALA LUMPUR — Warna pink mungkin mudah mencuri perhatian, tetapi untuk keluaran terbaru G-SHOCK, ia membawa mesej yang jauh lebih besar daripada sekadar gaya.

Sempena Pink October, Casio memperkenalkan G-SHOCK GMA-S2100PR-4A, model keempat G-SHOCK yang dihasilkan bagi menyokong kempen Pink Ribbon dan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara.

Berlandaskan siri GMA-S2100, jam baharu ini tampil dalam rona pastel pink lembut, memberikan karakter yang lebih minimal, feminin dan mudah dipadankan sebagai aksesori harian.

Bukan Sekadar Pink! Casio Lancar G-SHOCK Edisi Pink Ribbon, Sokong Kesedaran Kanser Payudara
Perincian Kecil, Makna Besar

Apa yang membezakan model ini bukan hanya warna keseluruhan jam. Pada subdial di posisi jam 9, Casio meletakkan indikator berbentuk reben merah jambu sebagai simbol kepada gerakan Pink Ribbon dan mesej kesedaran kanser payudara.

Perincian itu cukup subtle untuk kekal stylish, tetapi pada masa sama membawa simbol yang mudah dikenali. Dalam konteks fesyen, pendekatan ini menjadikan GMA-S2100PR-4A lebih daripada sebuah jam tangan selain ia juga boleh berfungsi sebagai statement piece yang membawa nilai dan mesej.

Bila Fesyen Bertemu Kesedaran

Melalui model ini, Casio turut mengetengahkan kepentingan pengesanan awal, diagnosis dan rawatan kanser payudara, selari dengan aspirasi gerakan Pink Ribbon untuk membina dunia di mana setiap individu boleh menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bebas daripada batasan penyakit.

Sepanjang Pink October, G-SHOCK akan meneruskan sokongan terhadap gerakan itu melalui kempen kutipan dana dan acara kesedaran di pelbagai negara.

Malaysia Turut Terlibat
Di Malaysia, Casio turut menyokong dua inisiatif tempatan iaitu PINK ESG Wellness Campaign 2026 anjuran Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) serta Putrajaya Pink October Night Run 2026 anjuran Hospital Putrajaya.

Langkah itu menjadikan kempen berkenaan bukan sekadar pelancaran produk, tetapi turut disertai usaha kesedaran dalam komuniti.

Bukan Sekadar Pink! Casio Lancar G-SHOCK Edisi Pink Ribbon, Sokong Kesedaran Kanser Payudara
Pastel Pink Untuk Gaya Harian

Dari sudut gaya, rona pastel pink memberikan model ini karakter yang lebih lembut berbanding imej rugged yang sering dikaitkan dengan G-SHOCK. Tetapi itulah yang menjadikannya menarik.

Rekaannya masih membawa identiti G-SHOCK, cuma kali ini dibalut dalam visual yang lebih ringan, playful dan mudah digayakan sama ada dengan streetwear, athleisure atau outfit kasual.

Dan untuk mereka yang sukakan aksesori dengan cerita di sebaliknya, edisi Pink Ribbon ini membawa satu lagi lapisan makna — setiap kali dipakai, ia menjadi peringatan kecil kepada sebuah isu kesihatan yang besar.

G-SHOCK GMA-S2100PR-4A kini boleh didapati di Malaysia menerusi butik G-SHOCK dan peruncit sah pada harga RM579.

Bila fesyen mampu nampak menarik sambil membawa mesej yang penting, mungkin itulah definisi sebenar sebuah aksesori yang mempunyai nilai lebih daripada sekadar rupa.

, , , , , ,

Verified by MonsterInsights