Ikuti Kami:

5,000 Padanan Perniagaan Direalisasi Dalam Sesi B2B Pelancongan Taiwan

5,000 Padanan Perniagaan Direalisasi Dalam Sesi B2B Pelancongan Taiwan

Pentadbiran Pelancongan Taiwan perkukuh kerjasama bersama penggiat industri Pelancongan Malaysia menerusi Sesi B2B di Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR – Dalam usaha agresif untuk meluaskan penguasaan pasaran di rantau ini, Pentadbiran Pelancongan Taiwan telah menganjurkan Sesi Taklimat Produk Pelancongan B2B di The Westin Kuala Lumpur, yang menyasarkan secara khusus kepada pasaran Muslim dan pengusaha pelancongan pasaran Cina.

Acara berimpak tinggi ini mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya menghimpunkan lebih 100 penggiat industri tempatan untuk menjalin rangkaian bersama delegasi dari Taiwan. Lebih membanggakan, sesi taklimat ini telah memudah cara sebanyak 5,000 sesi padanan perniagaan, yang dilihat secara signifikan mampu memperkukuh rantaian bekalan pelancongan antara Malaysia dan Taiwan.

Kejayaan inisiatif ini meletakkan satu asas yang kukuh buat ejen-ejen pelancongan tempatan untuk merangka dan menghantar lebih banyak kumpulan pelancong ke Taiwan pada bulan-bulan yang akan datang.

5,000 Padanan Perniagaan Direalisasi Dalam Sesi B2B Pelancongan Taiwan

Sesi taklimat pelancongan Taiwan tarik lebih 100 penggiat industri di Westin KL

 

Menyedari potensi besar pasaran domestik yang mana hampir 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, pihak berkuasa Taiwan kini menggandakan usaha mereka untuk menembusi segmen tersebut.

Bagi membina keyakinan penggiat industri, delegasi Taiwan mengetengahkan pencapaian cemerlang mereka yang berjaya menduduki tangga ke-4 dalam kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) menerusi Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2025. Pencapaian ini menjadi bukti jelas komitmen dan kapasiti hospitaliti mesra Muslim yang ditawarkan buat pelancong.

Bagi pasaran pelancong Cina Malaysia pula, trend kunjungan berulang yang kuat telah mendorong Tourism Administration untuk memberi fokus kepada segmen premium. Tumpuan kini diberikan kepada tawaran pengalaman bertema yang pelbagai serta penyediaan jadual perjalanan terpilih berkualiti tinggi bagi meningkatkan daya tarikan destinasi.

5,000 Padanan Perniagaan Direalisasi Dalam Sesi B2B Pelancongan Taiwan

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng ( dua dari kiri) bersama delegasi-delegasi seminar Produk Pelancongan Taiwan.

 

Bagi memanfaatkan peluang menjelang separuh tahun kedua 2026 dan musim cuti perayaan, Taiwan telah membawa delegasi peringkat tinggi yang terdiri daripada 29 organisasi dan 64 wakil dari kerajaan tempatan, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, pengusaha taman tema, dan pihak hotel. Kempen jelajah ini berlangsung dari 13 hingga 20 Mei di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sebelum tiba di ibu negara, Pameran Pelancongan Taiwan yang berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 15 hingga 17 Mei mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 10,000 pengunjung. Membawa identiti jenama “Taiwan—Waves of Wonder”, pameran yang diserikan dengan maskot gergasi “OhBear” dan persembahan kebudayaan ini berjaya memacu jumlah tempahan terus di lokasi yang sangat tinggi.

5,000 Padanan Perniagaan Direalisasi Dalam Sesi B2B Pelancongan Taiwan

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng ketika menyampikan taklimat mengenai keindahan negara Taiwan kepada para peserta.

 

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng, menjelaskan bahawa pihaknya akan terus mendekati pasaran Malaysia melalui strategi pemasaran KOL bagi mempromosikan kepelbagaian pelancongan negara itu, dari landskap semula jadi hinggalah ke dunia kulinari.

Selain itu, filem komedi romantik dan rancangan varieti kekeluargaan akan turut dimanfaatkan bagi memperkukuh imej Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim.

Pertumbuhan KDNK Malaysia yang dijangka mencecah 5.2 peratus pada tahun 2025 menunjukkan permintaan pelancongan ke luar negara terus melonjak. Ditambah dengan kelebihan kemasukan tanpa visa, tempoh penerbangan jarak pendek, dan persekitaran yang selamat, Malaysia terus kekal sebagai pasaran sumber yang penting di bawah Dasar Pandang ke Selatan Baharu Taiwan.

Loading...