Sihat

Saringan Kesihatan Percuma, Festival Makanan dan Mini Cooper Menanti Di MySihat Expo 2026

Oleh

Saringan Kesihatan Percuma, Festival Makanan dan Mini Cooper Menanti Di MySihat Expo 2026

SERDANG – Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bakal menjadi pusat tumpuan gaya hidup dan kesihatan sekeluarga apabila acara MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran sehingga 100,000 pengunjung bermula 9 Oktober ini.

Berlangsung selama tiga hari di Dewan A dengan tawaran kemasukan percuma, ekspo ini tampil dengan pendekatan unik menerusi gabungan tiga komponen utama iaitu perubatan, industri wangian, dan festival kulinari.

Menerajui pavilion perubatan dan kesihatannya, MySihat Expo menempatkan kira-kira 200 reruai yang menggabungkan hospital swasta, klinik, serta rakan gaya hidup cergas seperti Decathlon.

Saringan Kesihatan Percuma, Festival Makanan dan Mini Cooper Menanti Di MySihat Expo 2026

MySihat Expo 2026 yang dijangka menjadi expo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu terbesar di Malaysia akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

 

Lebih menarik, orang ramai berpeluang menikmati ujian saringan kesihatan secara percuma serta sesi konsultasi pakar daripada lebih 10 institusi kesihatan dan hospital terkemuka tanah air, antaranya Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Healthcare, UMSC, Avisena Specialist Hospital, Assunta Hospital, dan ALTY Orthopaedic Hospital.

Selain pemeriksaan kesihatan, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti riadah interaktif seperti larian santai, sesi zumba, dan yoga sepanjang tiga hari penganjuran.

Bagi peminat haruman dan barangan penjagaan diri, pameran industri wangian FRAGMANIA menyertai ekspo ini dengan menghimpunkan lebih 60 jenama popular di bawah satu bumbung. Sebagai tarikan istimewa, penganjur turut menawarkan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Mini Cooper buat pengunjung yang membuat pembelian minimum sebanyak RM150 di segmen wangian berkenaan.

Saringan Kesihatan Percuma, Festival Makanan dan Mini Cooper Menanti Di MySihat Expo 2026

FRAGMANIA yang merupakan pameran wangian yang menghimpunkan jenama aromaterapi antara tarikan utama di MySihat Expo 2026.

 

Kemeriahan ekspo ini turut dilengkapkan dengan Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta yang menyediakan antara 30 hingga 50 gerai makanan tempatan buat para pengunjung.

Pengasas Raydiates Blue, Rayme Zainal Abidin menjelaskan bahawa penyediaan ruang kulinari bersama zon permainan kanak-kanak ini menjadikan MySihat Expo sebuah destinasi rekreasi sehenti yang membolehkan seisi keluarga menjamu selera dan santai bersama sepanjang berada di MAEPS.

Saringan Kesihatan Percuma, Festival Makanan dan Mini Cooper Menanti Di MySihat Expo 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events, Boo Dickson

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events merangkap penganjur, Boo Dickson, konsep bersepadu ini dirangka khas bagi memudahkan masyarakat mendapatkan kesedaran penjagaan kesihatan secara proaktif dalam suasana yang santai.

Penganjuran MySihat Expo 2026 oleh Moonman Events bersama United Expo dan pengurusan Events Mastery ini turut mendapat sokongan strategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), serta Tourism Malaysia.

, , , , , , , ,

Verified by MonsterInsights