Bisnes

CEO Fipper Jee Von Raih Anugerah TOYM 2026, Perkukuh Empayar Selipar Getah Tempatan ke Peringkat Antarabangsa

Oleh

CEO Fipper Jee Von Raih Anugerah TOYM 2026, Perkukuh Empayar Selipar Getah Tempatan ke Peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR — Kejayaan mentransformasikan produk selipar getah tempatan ke pasaran antarabangsa membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fipper Group, Choong Jee Von, dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) 2026 dalam majlis yang berlansung pada 19 September lalu di Johor Bahru.

Pengiktirafan berkenaan menyerlahkan kewibawaan beliau dalam mengemudikan jenama tempatan menerusi penerapan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), pemodenan sektor pembuatan, serta perluasan rangkaian perniagaan di peringkat global.

Berbekalkan latar belakang akademik dalam bidang Sains Aktuari serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Jee Von menerapkan pendekatan berteraskan analisis data bagi memperkemas operasi peruncitan dan strategi pemasaran jenama tersebut.

Strategi berkenaan terbukti berkesan apabila rangkaian peruncitan Fipper kini berjaya menapak di 19 buah negara dan wilayah dengan mengendalikan lebih 150 cawangan outlet secara keseluruhan.

CEO Fipper Jee Von Raih Anugerah TOYM 2026, Perkukuh Empayar Selipar Getah Tempatan ke Peringkat Antarabangsa

Sebelum meraih pengiktirafan peringkat kebangsaan ini, anak jati Melaka itu turut mengukir kejayaan pada April 2026 apabila meraih Anugerah Khas Usahawan 2026 serta menjuarai kategori Usahawan Belia (Johan) 2026 anjuran Kerajaan Negeri Melaka.

Mengulas mengenai hala tuju perniagaannya, Jee Von menegaskan bahawa perluasan perniagaan skala besar perlu berjalan seiring dengan keutamaan prinsip ESG dan bukannya diukur berdasarkan prestasi kewangan semata-mata.

CEO Fipper Jee Von Raih Anugerah TOYM 2026, Perkukuh Empayar Selipar Getah Tempatan ke Peringkat Antarabangsa

Anak Melaka ukir nama di pentas nasional, Jee Von turut meraih Anugerah Khas Usahawan 2026 serta menjuarai kategori Usahawan Belia  2026 anjuran Kerajaan Negeri Melaka.

 

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada plastik sintetik, Fipper komited menggunakan bahan getah semula jadi yang mesra alam. Pada masa sama, syarikat turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program ‘Fipper Sayang’ bagi menyokong masyarakat yang memerlukan.

“Kejayaan komersial tidak membawa sebarang erti sekiranya kita tidak mengangkat dan membantu insan sesama lain.

“Kepada anak-anak muda di luar sana: jangan biarkan sesiapa membataskan impian anda. Jika sepasang selipar getah tempatan mampu mengelilingi dunia, impian anda juga tiada batasnya. Komitmen saya kekal teguh untuk terus membawa jenama kebanggaan Malaysia ini ke seluruh dunia demi negara yang tercinta,” katanya.

Anugerah JCI TOYM 2026 yang dianjurkan oleh JCI South Key di bawah naungan JCI Malaysia bertemakan One Nation, One Vision. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf 10 rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun yang memberi sumbangan cemerlang dalam pelbagai bidang.

, , , , , ,

Verified by MonsterInsights