Ikuti Kami:

‘Paku’ Pembawa Tuah Jecinta, Aadel Akur Tersingkir; Petrova Terus Dominasi Minggu Ke-3 Borneo Rising

‘Paku’ Pembawa Tuah Jecinta, Aadel Akur Tersingkir; Petrova Terus Dominasi Minggu Ke-3 Borneo Rising

KOTA KINABALU – Pentas saingan Konsert minggu ke-3 program Borneo Rising malam tadi menyaksikan kejutan emosi apabila Petrova terus mengukuhkan kedudukannnya di tangga teratas, manakala Aadel menjadi peserta pertama yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pertandingan berkenaan.

Konsert Borneo Rising minggu ke-3 yang menampilkan penyanyi vokal berkuasa tinggi, Jaclyn Victor, selaku juri jemputan. Pentas Borneo Rising turut dihangatkan dengan persembahan selingan mantap daripada Amir Masdi dan Nadeera yang membawakan lagu ‘medley’ menerusi lagu Pelukan Angkasa nyanyian asal Shila Amzah & SOG serta Beggin’ nyanyian asal Maneskin

Penentuan ‘Battle’ Yang Mendebarkan

Tumpuan utama konsert kali ini terarah kepada pusingan ‘Battle’ yang mempertemukan dua peserta di kedudukan ‘Bottom 2’ minggu lalu, iaitu Jecinta dan Aadel. Kedua-dua peserta diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari bagi menentukan nasib masing-masing.

'Paku' Pembawa Tuah Jecinta, Aadel Akur Tersingkir; Petrova Terus Dominasi Minggu Ke-3 Borneo Rising

Battle jadi penentu, Aadel gagal yakinkan juri untuk kekal.

 

Pertarungan sengit itu akhirnya berpihak kepada Jecinta selepas persembahannya berjaya memikat hati barisan juri dan penonton, sekali gus memaksa Aadel akur menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam saingan Borneo Rising musim ini.

Petrova Terus Unggul, Dabra Rangkul ‘Persembahan Paling Power’

Di papan markah utama, Petrova membuktikan konsistensi vokalnya menerusi lagu Emas nyanyian asal Nadeera, apabila sekali lagi menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi sebanyak 75.19%. Mengekori rapat di tangga kedua ialah Dabra yang mengumpul 70.55% markah menerusi lagu Sejambak Bunga nyanyian asal Ernie Zakri, selain dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Persembahan Paling Power’ bagi konsert minggu ini.

'Paku' Pembawa Tuah Jecinta, Aadel Akur Tersingkir; Petrova Terus Dominasi Minggu Ke-3 Borneo Rising

Petrova memukau menerusi ‘Emas’, kukuhkan kedudukan sebagai calon juara.

 

Kedudukan empat teratas turut diserlahkan menerusi persembahan meyakinkan daripada Joy yang menduduki tempat ketiga dengan 64.45% dengan lagu Kekasih Bayangan nyanyian asal Cakra Khan, disusuli Harvard di tangga keempat menerusi raihan 62.85% menyanyikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini.

Kedudukan Top 8 seterusnya diisi Syukri yang menyanyikan lagu Kau Kekasihku nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Harris yang membawakan lagu Kacamata oleh Afgan, berkongsi kedudukan dengan markah terikat 61.74%. Manakala Michelle menyanyikan lagu Imaji nyanyian asal Aina Abdul dan Afiq membawakan lagu Drama oleh Drama Band. Masing-masing melengkapkan carta kelompok teratas dengan markah 58.98% dan 58.97%.

'Paku' Pembawa Tuah Jecinta, Aadel Akur Tersingkir; Petrova Terus Dominasi Minggu Ke-3 Borneo Rising

Tinggal 11 peserta, perlumbaan memburu gelaran Borneo Rising semakin mencabar.

 

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi tiga peserta yang berada di kelompok Bottom 3 iaitu Jecinta (54.18%) yang menyanyikan lagu Teruskanlah nyanyian asal Agnes Monica.Sementara itu Rizzani memperolehi (51.90%) dengan menyampaikan lagu Pelangi Petang oleh Dato’ Sudirman, dan Faris yang menyampaikan lagu Noktah Cinta oleh Hafiz sekadar berpuas hati menduduki tangga terendah di kedudukan paling bawah dengan 46.31%.

Rizzani dan Faris dijadualkan akan berentap dalam pusingan penyingkiran ‘Battle’  pada konsert minggu depan bagi merebut peluang meneruskan survival mereka di pentas berkenaan.

Memasuki minggu ke-3, Dabra diramal bakal menjadi ancaman terdekat buat Petrova. Dengan gelaran ‘Persembahan Paling Power’ yang diraih Dabra minggu ini, momentum tersebut berpotensi menggugat takhta Petrova sekiranya Petrova menunjukkan sebarang kelalaian pada minggu hadapan.

Sementara peserta di kelompok markah 58%–61% seperti Michelle, Afiq, Syukri, dan Harris tidak boleh berada dalam zon selesa kerana jurang markah mereka dengan Bottom 3 amat tipis, membolehkan sebarang kedudukan berubah secara mendadak minggu depan. Mampukan Petrova kekal mengungguli pentas Borneoo Rising minggu hadapan? Sama-sama kita saksikan.

Loading...