Ikuti Kami:

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

KUALA LUMPUR – Peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan persembahan berskala mega apabila tiga ratu pop tersohor Indonesia—Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, dan Titi DJ—kembali menyatukan suara menerusi konsert 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] di Unifi Arena, Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Membawa tema “Three Voices. One Legacy.”, persembahan anjuran T-Rex Studio Sdn Bhd ini dibawakan khas bagi meraikan perjalanan dua dekad trio ikonik berkenaan yang sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati pendengar tempatan.

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

Selepas 20 tahun, 3 Diva legenda kembali satukan suara dalam konsert TIMELESS: 3 Voices. 1 Legacy

 

Tawaran Tiket ‘Early Bird’ Serendah RM138

Jualan tiket konsert akan mula dibuka secara rasmi pada Sabtu, 5 September 2026, jam 12:00 tengah hari menerusi platform MAISEAT. Bagi menghargai sokongan peminat, pihak penganjur menawarkan promosi Early Bird bermula 5 hingga 19 September 2026 dengan penjimatan sebanyak RM100 bagi kategori CAT 1 hingga CAT 5.

Menerusi tawaran terhad ini, tiket CAT 5 boleh dimiliki pada harga serendah RM138 berbanding harga asal RM238. Selain itu, peminat yang mahu hadir beramai-ramai bersama rakan atau keluarga boleh memanfaatkan

Pakej “Semua Jadi Satu” Bundle. Pakej ini menawarkan tiket VIP pada harga RM798 setiap satu dengan pembelian minimum empat tiket, berbanding harga biasa RM898.

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

Dijangka jadi rebutan! Tiket TIMELESS akan dijual bermula 5 September dengan harga tawaran serendah RM138

 

Sesi ‘Hi-Bye’, ‘After Party’ & Akses Eksklusif

Bukan sekadar sajian vokal mantap di atas pentas, TIMELESS turut menawarkan pengalaman lebih dekat bersama 3DIVA buat pemegang tiket kategori premium. Pembeli tiket VIP berhak menikmati sesi Hi-Bye, akses Sound Check, serta photocard rasmi, selain berpeluang dipilih menerusi cabutan bertuah bagi sesi foto berkumpulan dan poster bertandatangan.

Sementara itu, pemegang tiket SVIP berharga RM1,098 bakal mendapat akses eksklusif ke After Party bersama Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, dan Titi DJ, serta berpeluang memenangi sesi foto 1:1 menerusi sistem cabutan.

Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn Bhd, Audrey Wan Yuen Theng menjelaskan bahawa konsert ini dirancang sebagai sebuah perayaan terhadap ikatan emosi dan memori indah yang telah terbina antara 3DIVA dan peminat di Malaysia selama puluhan tahun.

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138 3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138 3DIVA Kembali Gegar Kuala Lumpur, Tiket TIMELESS Dijual 5 September Dengan Harga Early Bird Serendah RM138

Hi-Bye, sound check & foto bersama 3DIVA! Ini sebab peminat tak mahu lepaskan TIMELESS.

 

Dua Dekad Legasi Tiga Suara

Penganjuran TIMELESS membawa makna yang cukup signifikan memandangkan tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-20 penubuhan 3DIVA sejak disatukan pada 2006. Selepas kali terakhir mengadakan persembahan konsert bersama di Malaysia pada 2007, kemunculan semula mereka selepas dua dekad pastinya menjanjikan sebuah malam nostalgia yang sarat dengan susunan muzik bertenaga dan himpunan lagu-lagu hits merentas zaman.

Loading...