Ikuti Kami:

Satu Dekad Kecemerlangan: Le Méridien Terus Pacu Sektor Hospitaliti Premium Putrajaya

Satu Dekad Kecemerlangan: Le Méridien Terus Pacu Sektor Hospitaliti Premium Putrajaya

PUTRAJAYA: Hotel premium bertaraf antarabangsa, Le Méridien Putrajaya kini menyambut sedekad kecemerlangannya dalam menawarkan pengalaman hospitaliti terunggul, gaya hidup moden, dan reka bentuk seni yang memukau.

Sambutan ulang tahun ke-10 yang diraikan menerusi acara “10 Years of Excellence Anniversary Soirée” baru-baru ini, menghimpunkan rakan kongsi, tetamu kehormat, serta pengurusan tertinggi bagi meraikan kejayaan hotel tersebut yang telah mencatatkan pelbagai pencapaian membanggakan sejak sedekad lalu.

Majlis penuh gilang-gemilang itu disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Encik Chua Choon Hwa, serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Group, Dato’ Lee Yeow Seng. Turut hadir menyerikan majlis adalah Yang Berhormat Datin Yeo Bee Yin bersama perwakilan dari Marriott International.

Satu Dekad Kecemerlangan: Le Méridien Terus Pacu Sektor Hospitaliti Premium Putrajaya

Le Méridien Putrajaya raikan sedekad kepimpinan hospitaliti dalam majlis ‘10 Years of Excellence Anniversary Soirée’, baru-baru ini.

 

Sejak mula beroperasi, Le Méridien Putrajaya telah berkembang melangkaui sebuah hotel gaya hidup biasa. Kedudukannya yang strategik dengan sambungan terus ke IOI City Mall—pusat beli-belah terbesar di Malaysia, menjadikannya destinasi bersepadu pilihan utama pengembara, ahli perniagaan dan keluarga. Ia menghimpunkan kemudahan penginapan mewah, ruang acara dan perkahwinan, pilihan menjamu selera, dan pusat hiburan di bawah satu bumbung.

Keunggulan perkhidmatannya turut diiktiraf industri menerusi dua anugerah berprestij baru-baru ini iaitu ‘Pengalaman Hotel Gaya Hidup Terbaik’ di Anugerah Industri Pelancongan 2026, manakala restoran cinanya yang terkenal, Le Mei, dinobatkan dalam kategori ‘Restoran Masakan Istimewa Terbaik’ pada Anugerah HAPA® 2026 Siri 2.

Satu Dekad Kecemerlangan: Le Méridien Terus Pacu Sektor Hospitaliti Premium Putrajaya

Le Méridien Putrajaya rai sedekad kecemerlangan dengan dua pengiktirafan industri pada 2026. – Pengurus Besar Le Méridien Putrajaya, Sonal Malik 

 

Pengurus Besar Le Méridien Putrajaya, Sonal Malik berkata, kejayaan hotel tersebut didorong oleh sokongan berterusan para tetamu yang memilihnya sebagai lokasi mencipta pelbagai memori bermakna.

“Selama sepuluh tahun ini, kami diberi penghormatan untuk mengalu-alukan tetamu merasai pengalaman unik, daripada percutian keluarga hinggalah ke acara keraian terbesar. Semuanya menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan kami.

“Melangkah ke dekad seterusnya, visi kami adalah untuk terus meningkatkan kualiti hospitaliti kami di samping menyokong usaha menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan utama yang lebih berdaya tarikan,” ujar beliau.

Sebagai tanda penghargaan, majlis sambutan itu turut mengiktiraf jasa 14 orang kakitangan perintis yang telah berkhidmat dengan penuh setia sejak hari pertama hotel itu beroperasi. Simbolik sambutan diserikan dengan acara memotong kek ulang tahun 10 tingkat.

Satu Dekad Kecemerlangan: Le Méridien Terus Pacu Sektor Hospitaliti Premium Putrajaya

Le Méridien Putrajaya gabung hospitaliti, seni dan aspirasi, bersedia melangkah ke fasa baharu dalam mewarnai landskap hospitaliti Putrajaya.

 

Meneruskan legasi kecintaan jenama Le Méridien terhadap seni, majlis tersebut turut menampilkan pameran karya seni artis tempatan Nor Asyikin Abdullah daripada Lakar by Mekar, serta persembahan lukisan secara langsung oleh Syamsul Addenno (OnWall Enterprise) yang menterjemahkan keindahan Putrajaya ke atas kanvas.

Bagi berkongsi kegembiraan bersama orang ramai, Le Méridien Putrajaya kini menawarkan promosi terhad ‘Decade of Moments Stay’. Pakej istimewa ini merangkumi penginapan, sarapan untuk dua orang, minuman petang sempena ulang tahun, serta cenderamata eksklusif.

Para penggemar makanan juga tidak dilupakan menerusi kempen promosi ‘The Art of 10’, di mana pengunjung berpeluang menikmati sajian eksklusif di restoran Le Mei, Latest Recipe dan Latitude 02, termasuk hidangan degustation 10-course, bufet ulang tahun, dan pelbagai hidangan menarik lain.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan melalui saluran rasmi Le Méridien Putrajaya.

Loading...