Ikuti Kami:

Merdeka Lebih Bermakna! Suria FM & 988 Raikan Perpaduan Menerusi CHAM2GETHER

Merdeka Lebih Bermakna! Suria FM & 988 Raikan Perpaduan Menerusi CHAM2GETHER

PUTRAJAYA – Suasana Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM 2026) di Dataran Putrajaya bertambah hangat apabila dua stesen radio popular tempatan, Suria FM dan 988, bergabung tenaga mengadakan siaran luar bersama menerusi kempen perpaduan CHAM2GETHER.

Menyatukan Kepelbagaian Melalui Suara

Di bawah naungan Star Media Group, kolaborasi ini membuktikan bahawa perbezaan bahasa dan latar belakang budaya bukanlah penghalang untuk menyemarakkan semangat cintakan negara. Menerusi gagasan “Unity Goes Beyond Language”, kempen CHAM2GETHER menterjemahkan simbolik bahawa kepelbagaian masyarakat Malaysia merupakan aset serta kekuatan utama perpaduan nasional.

Selaku Rakan Strategik HKHM 2026, Suria FM memperluaskan jangkauan liputan secara menyeluruh, bermula daripada sesi raptai penuh sehinggalah ke hari kemuncak acara.

Merdeka Lebih Bermakna! Suria FM & 988 Raikan Perpaduan Menerusi CHAM2GETHER

 

Dari bahasa berbeza ke satu matlamat, Suria FM dan 988 buktikan kuasa perpaduan. – Para penyampai stesen radio Star Media Group; Suria FM dan 988 bersama-sama Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil  sempena  sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 di konti siaran luar stesen radio tersebut di Putrajaya

 

Dekati Pengunjung, Edar Kit Sarapan

Bagi memeriahkan suasana di lokasi, barisan penyampai daripada kedua-dua stesen radio turun padang berinteraksi secara langsung dengan ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya. Selain membawakan ulasan lintas langsung mengenai perarakan pelbagai kontinjen, pertunjukan udara, serta demonstrasi aset keselamatan, mereka turut mengendalikan pelbagai aktiviti interaktif dan sesi temu bual.

Bagi menghargai kecekalan orang ramai serta petugas keselamatan yang hadir seawal subuh, Suria FM dan 988 turut mengagihkan kit sarapan percuma semasa sesi raptai penuh dan pada hari kemuncak sambutan.

Inisiatif silang bahasa ini bukan sahaja memberi warna baharu kepada liputan Hari Kebangsaan 2026, malah menjadi bukti kukuh bagaimana media tempatan mampu menjadi wadah penyatuan rakyat Malaysia dalam melangkah ke arah negara yang lebih harmoni dan bersatu padu.

Loading...