Ikuti Kami:

4 Tahun Kebal Di Takhta, Adelyn Heng Terus Unggul! Bos KamiSempoi Menangis Dapat Harley-Davidson CVO

4 Tahun Kebal Di Takhta, Adelyn Heng Terus Unggul! Bos KamiSempoi Menangis Dapat Harley-Davidson CVO

SERI KEMBANGAN – Pentas anugerah KamiSempoi Golden Award 2025 sekali lagi menjadi saksi dominasi pempengaruh dan hos penstriman langsung popular, Adelyn Heng, apabila kekal mempertahankan gelaran juara bertahan buat tahun keempat berturut-turut.

Acara gilang-gemilang anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA) yang berlangsung di Confetti KL Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2 pada 28 Ogos lalu tampil memukau menerusi tema Echoes of Gatsby.

Majlis tersebut dianjurkan khusus bagi mengiktiraf pencapaian pencipta kandungan digital serta hos TikTok LIVE dari seluruh negara dan rantau Asia Tenggara.

4 Tahun Kebal Di Takhta, Adelyn Heng Terus Unggul! Bos KamiSempoi Menangis Dapat Harley-Davidson CVO

Empat tahun berturut-turut! Adelyn Heng sekali lagi pertahan takhta ratu KamiSempoi

 

Adelyn Heng Bukti Konsistensi 4 Tahun

Pada malam penuh glamor itu, Adelyn Heng bukan sahaja membawa pulang trofi Top Creator of the Year, malah turut merangkul kategori My Creator of the Year 2025. Kemenangan berganda ini menterjemahkan komitmen serta usaha berterusan beliau dalam mengekalkan kualiti penstriman.

Menurut Adelyn, pengiktirafan ini menjadi pendorong semangat untuk beliau terus memperbaiki diri, di samping mahu melihat lebih ramai rakan hos lain berkembang bersama dalam industri.

“Kemenangan empat tahun berturut-turut ini sangat bermakna buat saya. Bagi saya, kejayaan bukan hanya apabila kita berjaya seorang diri, tetapi apabila kita dapat melihat lebih ramai orang di sekeliling kita turut naik dan mencapai kejayaan,” katanya.

4 Tahun Kebal Di Takhta, Adelyn Heng Terus Unggul! Bos KamiSempoi Menangis Dapat Harley-Davidson CVO

Pakcik Chin Swee datang untuk raikan anak-anak KamiSempoi, pulang dengan Harley-Davidson idaman.

 

Kejutan Harley-Davidson Buat CEO KSIA

Suasana malam anugerah menjadi semakin gamat di penghujung acara apabila Ketua Pegawai Eksekutif KSIA yang juga hos TikTok LIVE, Pakcik Chin Swee, menerima kejutan hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson Road Glide CVO.

Pakcik Chin Swee meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka pengorbanannya memimpin komuniti yang kini mencecah 4,500 hos dibalas dengan ganjaran jentera impiannya. Beliau menegaskan keutamaannya sentiasa tertumpu kepada pembinaan kerjaya dan ekonomi para pencipta kandungan di bawah naungannya.

“Saya memang tidak pernah terfikir akan menerima hadiah yang saya idamkan sebagai seorang lelaki. Kejayaan penganjuran setiap tahun sebenarnya untuk menghargai semua anak-anak KamiSempoi yang tidak pernah berputus asa,” jelasnya.

Pelancaran Akademi & Nilai Anugerah RM600,000

Selain meraikan 20 kategori yang memperlihatkan kecemerlangan bakat tempatan dan luar negara—termasuk hos dari Singapura, IsseyMiyakeSg yang merangkul SG Creator of the Year 2025—acara ini turut mencatatkan nilai keseluruhan penganjuran dan hadiah mencecah RM600,000 hasil sokongan penaja utama M Route 19 dan penaja bersama MK Media Studios.

Majlis turut melakar sejarah tersendiri menerusi pelancaran KamiSempoi Premier Academy. Inisiatif ini diperkenal bagi melatih serta membimbing generasi baharu penyiar langsung secara profesional, merangkumi kemahiran komunikasi, penjenamaan peribadi, penampilan, dan kualiti produksi LIVE demi memperkukuh ekosistem ekonomi digital tempatan.

Loading...