Safi Lancar Inovasi Baharu, Perkenal Serum PDRN Spicule Halal Pertama Di Malaysia
- oleh Editor MYBUZZ
- 26 Jul 2026 2:53 pm
KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan kulit dan peribadi Halal nombor satu negara, Safi terus menerajui inovasi kecantikan tempatan apabila melakar sejarah memperkenalkan PDRN Booster Repair Serum, iaitu serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia.
Pengenalan produk revolusioner ini adalah sebahagian daripada pelancaran semula rangkaian Safi Youth Gold Rania yang kini tampil dengan wajah baharu serta formulasi yang diperhebatkan menggunakan teknologi Peptida Kolagen.
Selain serum PDRN tersebut, Safi turut melancarkan inovasi terbaharu iaitu CycloPeptide Water Elixir yang juga merupakan inovasi CycloPeptide pertama di negara ini, bersama-sama dengan produk Beauty Miracle Oil.
Safi perkenal inovasi baharu penjagaan kulit, tampil serum PDRN Spicule Halal pertama Malaysia. – (Dari kiri) SAFI Youth Gold Rania PDRN Booster Repair Serum, Safi Youth Gold Rania Cyclopeptide Water Elixir dan Safi Youth Gold Rania Beauty Miracle Oil.
Istimewanya, kesemua inovasi berteknologi global ini direka secara khusus untuk memenuhi keperluan kulit wanita di iklim tropika seperti Malaysia. Malah, ujian klinikal juga membuktikan rangkaian ini mampu membuatkan kulit wajah tampil lebih cerah, anjal, dan berseri dalam tempoh seawal tiga hari.
Selari dengan inovasi ini, Safi turut melancarkan kempen ‘Semarakkan Seri Keremajaan’ dan secara rasmi mengembalikan nama ikonik ‘Rania’ yang begitu dekat di hati pengguna mereka sejak sekian lama.
Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim berkata, kempen ini bukan sekadar memfokuskan kepada rawatan tanda-tanda penuaan atau mahu kelihatan muda semata-mata, tetapi lebih kepada membangkitkan semula harga diri dan emosi wanita.
“Ramai wanita memberitahu bahawa apa yang mereka rindukan bukan sekadar kulit yang kelihatan muda, tetapi keyakinan, semangat dan rasa percaya terhadap diri sendiri yang pernah mereka miliki,” katanya yang turut menjelaskan bahawa wanita sering kali terlupa menghargai diri sendiri akibat sibuk menguruskan pelbagai tanggungjawab harian.
Bagi menterjemahkan mesej ini kepada realiti, Safi telah menjemput 100 wanita dari seluruh negara untuk berkongsi kisah ketabahan hidup masing-masing. Daripada jumlah itu, lima wanita telah dipilih untuk mengikuti perjalanan transformasi peribadi.

Fasha Sandha jadi duta Safi Youth Gold Rania, bawa mesej wanita bangkit lebih gemilang.
Kisah-kisah mereka yang merangkumi realiti kehidupan sebagai ibu tunggal, ibu sepenuh masa, dan cabaran membina semula keyakinan diri akan dipaparkan menerusi sebuah siri kandungan berinspirasi.
Lebih menarik, pelancaran wajah baharu Safi Youth Gold Rania ini diserikan lagi dengan pengumuman pelakon dan usahawan popular, Fasha Sandha sebagai duta jenama. Pemilihan Fasha disifatkan sangat bertepatan dengan persona wanita Malaysia masa kini yang berdikari, tabah, dan berani mengharungi onak duri kehidupan.
Kempen penuh makna ini turut mendapat sentuhan nostalgia apabila lagu ikonik ‘Gemilang’ nyanyian asal Jaclyn Victor diberi nafas baharu. Lirik lagu tersebut telah diolah semula untuk menceritakan simbolik perjalanan dan kebangkitan seseorang wanita.



