Ikuti Kami:

Watsons Malaysia ‘Letop’ Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

Watsons Malaysia ‘Letop’ Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 dengan pelancaran kempen terbaharu mereka, “Pentas Raya Glam”. Kempen yang berlangsung dari 3 Mac hingga 30 Mac 2026 ini bukan sekadar menawarkan promosi hebat, malah tampil dengan sebuah filem muzikal berkonsepkan teater yang penuh warna-warni dan keceriaan.

Menerusi kempen ini, Watsons ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan keunikan peribadi, memperkukuh ikatan kekeluargaan, serta berkongsi keberkatan bersama mereka yang memerlukan.

Apa yang menarik perhatian peminat seni tanah air adalah barisan pelakon hebat yang menerajui filem muzikal ini. Diketuai oleh personaliti ikonik, Che Puan Sarimah Ibrahim, filem ini turut membariskan  barisan selebriti  seperti  Fahrin Ahmad, Wani Kayrie, Sharifah Rose, Akhmal Nazri, Lyssa Jean serta duta Watsons, Ayda Jebat.

Watsons Malaysia 'Letop' Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

Dengan koreografi dinamik serta runut bunyi yang menangkap telinga, filem ini membuktikan identiti Watsons yang sentiasa ke hadapan dalam trend dan bertenaga, sambil membawa mesej bahawa “glam” sebenar bermula daripada keyakinan diri dan kasih sayang sesama insan.

Bagi menghargai pelanggan setianya, Watsons menawarkan ganjaran luar biasa melalui peraduan “Mata Ganjaran Watsons 1.2 Juta Setiap Hari”. Ahli Watsons yang berbelanja minimum RM80 di stor atau dalam talian berpeluang memenangi mata ganjaran yang boleh digunakan sebagai rebat tunai untuk pembelian akan datang.

Watsons Malaysia 'Letop' Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

Bagi menjadikan setiap perjalanan pulang berhari raya lebih istimewa, ahli juga akan menerima Hadiah Percuma dengan Pembelian (GWP) seperti sampul Raya, kotak Tiffin, beg perjalanan lipat dan banyak lagi yang sesuai untuk dijadikan hadiah, dibawa pulang ke kampung atau dikongsi bersama keluarga tersayang.

Watsons Malaysia 'Letop' Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, menyatakan bahawa setiap tahun pihaknya berusaha mencipta naratif yang dekat di hati rakyat Malaysia, dan bagi tahun 2026, tumpuan diberikan kepada usaha meraikan perbezaan serta saling melengkapi antara satu sama lain demi mencapai kebahagiaan raya yang sebenar.

“Kami percaya setiap individu berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih sihat dan lebih bahagia.  Melalui sambutan dan keprihatinan, kami kekal komited untuk memberi impak positif kepada masyarakat, melangkaui perniagaan runcit, jelas Caryn Loh.”

Watsons Malaysia 'Letop' Dengan Filem Muzikal Raya & Hadiah Jutaan Mata Ganjaran!

 

Tidak melupakan tanggungjawab sosial, Watsons Malaysia turut melancarkan inisiatif komuniti yang bermakna. Dengan sokongan 535 sukarelawan tempatan di bawah Projek Baju Raya, Watsons Malaysia berjaya mengumpul lebih daripada 17,000 helai Baju Raya baharu dan terpakai daripada orang ramai.

Kesemua sumbangan ini, bersama produk penjagaan diri dan barangan keperluan, telah diagihkan kepada 32 buah rumah kebajikan di seluruh negara. Usaha ini memastikan lebih ramai individu dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan serta membawa sinar harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, Watsons Malaysia turut meluangkan masa bersama penghuni Rumah Titian Kasih di Kuala Lumpur. Mereka menyumbangkan keperluan penjagaan diri, barangan harian, produk tambahan Watsons, selain menyediakan pemeriksaan kesihatan asas dan bengkel pendidikan kesihatan.

Kegiatan tersebut turut diserikan dengan sesi Buka Puasa khas bersama penghuni rumah kebajikan. Inisiatif ini bukan sahaja membawa bantuan material, tetapi juga memupuk semangat perpaduan, keprihatinan dan hubungan komuniti yang lebih erat menjelang Syawal.

Seementara itu, menerusi kerjasama dengan pelbagai badan kebajikan, pelanggan digalakkan untuk menyumbang mata ganjaran mereka atau membeli barangan keperluan terpilih untuk didermakan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Loading...