Visual & Aksi ‘Bilal The Movie’ Dipuji, Durioo+ Belanja Tontonan Percuma Musim Raya
- oleh Editor MYBUZZ
- 6 Apr 2026 4:29 pm
CYBERJAYA – Siapa sangka, perbincangan mengenai kepentingan filem animasi bercorak sirah dan sejarah Islam tiba-tiba menjadi perbualan hangat di aplikasi Threads baru-baru ini. Semuanya bermula apabila platform penstriman mesra kanak-kanak dan Muslim, Durioo+, memuat naik sedutan klip animasi berkualiti tinggi Bilal The Movie yang pantas meraih perhatian serta puluhan ribu tontonan daripada pengguna media sosial.
Menerusi satu hantaran, akaun rasmi @duriooplusmalaysia melontarkan persoalan, “Kenapa tak banyak filem animasi sirah yang berkualiti macam ni?” Hantaran ringkas itu ternyata pantas mencetuskan reaksi positif netizen yang meluahkan rasa rindu terhadap kandungan hiburan Islamik yang setaraf dengan karya antarabangsa.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata penonton meluahkan rasa kagum terhadap kualiti visual serta aksi yang dipaparkan dalam Bilal The Movie, yang disifatkan mampu memikat hati penonton daripada pelbagai peringkat usia. Gabungan animasi berkualiti tinggi dan penceritaan yang bersemangat dilihat memberi impak tersendiri, khususnya dalam menarik minat kanak-kanak terhadap kandungan berunsur sirah.
Seorang pengguna, @diyanaezni, memuji kehebatan filem tersebut dengan menyatakan bahawa ia bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan nilai positif.
“Filem ni best sangat. Aksi dan bersemangat. Anak saya pun suka tengok. Kita perlukan cerita heroic dari sirah untuk tanam semangat cintakan agama pada anak-anak dari kecil,” katanya.
Reaksi ini mencerminkan keperluan masyarakat terhadap kandungan animasi Islamik yang mendidik dan dekat dengan jiwa keluarga.
Menariknya, daya tarikan filem ini turut merentas usia apabila pengguna @dan.illo_ berseloroh mengakui dirinya turut menikmati tontonan tersebut dengan komen,
“Aku yang bapak orang pun layan cerita Bilal ni.”
Selari dengan respons positif ini, pihak Durioo+ menyatakan bahawa Bilal The Movie amat sesuai untuk tontonan orang dewasa sebagai medium santai bagi mengulang kaji dan menghayati kembali ilmu pengetahuan sirah bersama seisi keluarga.

Bagi yang belum tahu, filem animasi ini bukanlah naskhah biasa-biasa. Berikut adalah fakta hebat di sebalik pembikinannya:
Kos Penerbitan Cecah RM120 Juta: Ia mencatat rekod sebagai salah satu filem animasi bercorak sejarah yang termahal dengan menampilkan kualiti animasi 3D berskala antarabangsa.
Karya Barajoun Entertainment: Filem epik ini diterbitkan oleh studio animasi terkemuka yang berpangkalan di Dubai, dengan menghimpunkan ratusan tenaga kerja profesional dari pelbagai negara bagi merealisasikan visi naskhah ini.
Ketelitian Aksi Luar Biasa: Bayangkan, hanya untuk menyiapkan satu babak peperangan epik yang berdurasi selama 11 minit, pihak produksi dilaporkan mengambil masa lebih kurang satu tahun setengah demi memastikan butiran pergerakan visualnya sempurna!
Menyedari permintaan dan momentum tular yang cukup tinggi, Durioo+ mengambil inisiatif proaktif dengan menawarkan akses tontonan secara percuma bersempena dengan ketibaan musim perayaan Hari Raya ini. Tawaran tontonan terhad ini sah sehingga 12 April.
Walaupun versi alih suara eksklusif Bahasa Melayu filem ini telah mula ditayangkan di Durioo+ sejak tahun 2023, langkah ini diharap dapat memastikan lebih ramai ahli keluarga berpeluang menikmati karya epik tersebut pada musim cuti ini.
Menurut wakil pemasaran Durioo+, pihak mereka sangat terharu dengan maklum balas yang diterima di Threads, yang sekaligus membuktikan masyarakat sebenarnya dahagakan hiburan mendidik yang berkualiti. Ia juga amat bertepatan dengan misi platform tersebut untuk menjadikan sahabat-sahabat Nabi sebagai ‘hero’ utama anak-anak.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Anda boleh menontonnya secara percuma sebelum 12 April dengan memuat turun aplikasi Durioo+ di Apple App Store dan Google Play Store, atau melayari laman web rasmi Durioo+.
