Ikuti Kami:

Tampoi Jadi Tumpuan! ST Rosyam Mart Buka Cawangan Terbesar 70,000 Kaki Persegi September Ini

Tampoi Jadi Tumpuan! ST Rosyam Mart Buka Cawangan Terbesar 70,000 Kaki Persegi September Ini

(Kiri-kanan): Alan Ho, Pengarah Eksekutif Kumpulan Sri Ternak; Tan Hui Boon, Pengurus Besar Kanan Joland Group; Dato’ Sri Edwin Tan Pei Seng, Pengarah Urusan Joland Group; Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart; Inspektor Percubaan Kamarudin Muhaiyiddin, Timbalan Ketua Balai Polis Majidee, Johor Bahru; Dato’ Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak; Dato’ Sri Godwin Tan Pei Poh, Pengarah Eksekutif Joland Group; Cik Rae Teo, Pengurus Besar Kuopacific Group Malaysia; serta Williem Ho, Pengarah Kumpulan Sri Ternak, ketika majlis pra-pelancaran inisiatif “Misi Menawan Tampoi” oleh ST Rosyam Mart menjelang pembukaan rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026.

 

JOHOR BAHRU: Warga Johor, khususnya di kawasan Tampoi dan sekitarnya, bakal menikmati pengalaman berbelanja borong dan runcit halal 24 jam terbesar apabila ST Rosyam Mart bersedia membuka cawangan pertamanya di negeri ini pada 12 September 2026 depan.

Lebih membanggakan, cawangan yang terletak di Paragon Market Place, Tampoi itu berkeluasan sekitar 70,000 kaki persegi, sekali gus menjadikannya pasar raya ST Rosyam Mart terbesar pernah dibuka setakat ini. Pembukaan cawangan ke-10 itu juga melakar sejarah tersendiri sebagai cawangan pertama di wilayah Selatan dan lokasi ketiga syarikat tersebut yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.

Lancar Kempen ‘Misi Menawan Tampoi’

Seiring dengan pembukaan yang sangat dinanti-nantikan itu, ST Rosyam Mart hari ini melancarkan inisiatif berteraskan komuniti bertajuk “Misi Menawan Tampoi”. Majlis pra-pelancaran yang berlangsung di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru itu bertujuan menawan hati penonton dan pengguna setempat menerusi tawaran promosi hebat, tawaran eksklusif serta pelbagai aktiviti menarik.

Acara tersebut dihadiri oleh wakil Paragon Market Place, Polis Kampung Melayu Majidee, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), ketua-ketua kampung, wakil rumah ibadat, para penyewa pusat beli-belah dan rakan media.

Pasar raya 24 jam ini bakal menyajikan pengalaman beli-belah komprehensif yang merangkumi barangan segar, daging dan makanan laut berkualiti, keperluan harian, produk isi rumah, barangan berjenama selebriti serta pembelian borong secara pukal pada harga borong yang amat berbaloi. Malah, ia turut dilengkapi dengan lebih daripada 20 perkhidmatan pelanggan secara percuma di bawah satu bumbung.

Tampoi Jadi Tumpuan! ST Rosyam Mart Buka Cawangan Terbesar 70,000 Kaki Persegi September Ini

ST Rosyam Mart bakal buka pasaraya pertamanya di Johor bertempat di Paragon Market Place pada 12 September 2026.

 

“Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, menyifatkan pembukaan cawangan baharu itu sebagai mercu tanda penting dalam strategi perluasan sayap syarikat ke Johor dan wilayah Selatan.

“Kami berterima kasih kepada Joland Group dan Kuopacific Group atas kepercayaan serta kerjasama dalam merealisasikan projek ini. Bersama-sama, kami teruja untuk membawakan nilai yang lebih besar, kemudahan, serta pengalaman beli-belah 5 bintang 24 jam yang menjadi tanda dagang Sri Ternak dan ST Rosyam Mart kepada rakyat Johor, selain pengunjung dari negara jiran, Singapura apabila ia dibuka rasmi September ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, meluahkan rasa teruja untuk menyambut kehadiran warga Selatan menerusi janji jenama mereka yang sudah sinonim dengan pengguna.

“Tampoi menjadi penanda aras mengujakan buat ST Rosyam Mart apabila kami membawakan pengalaman beli-belah 5 bintang 24 jam yang unik ke Johor buat kali pertama. Berpandukan janji kami, ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’, kami tidak sabar menyambut rakyat Johor, khususnya di Tampoi pada September ini. Orang Johor, khususnya warga Tampoi, kami dah nak datang!” jelas pelakon tersohor itu.

Tawar Hadiah RM1 Juta & Drama Web AI ‘Misi Untuk Rakyat’

Bagi menambah kemeriahan sambutan pembukaan itu kelak, ST Rosyam Mart turut mengumumkan peraduan Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan ganjaran keseluruhan bernilai RM1 juta. Antara hadiah lumayan yang bakal dimenangi termasuk sebuah kondominium percuma, sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik lain. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM300 di mana-mana pasar raya Sri Ternak atau ST Rosyam Mart untuk layak menyertai peraduan ini.

Sebagai kelainan dalam inisiatif “Misi Menawan Tampoi”, syarikat turut memperkenalkan drama web 11 episod yang dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bertajuk “Misi Untuk Rakyat”. Drama web berkenaan mengisahkan perjalanan empat kakitangan ST Rosyam Mart yang berdepan pelbagai cabaran demi menghantar bekalan ke Tampoi.

Episod kemuncak dan terakhir drama tersebut bakal ditayangkan secara eksklusif semasa majlis pembukaan rasmi di Paragon Market Place pada 12 September 2026. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan pembukaan rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026 ini untuk menikmati promosi pembukaan eksklusif serta aktiviti istimewa yang disediakan. Maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart boleh dilayari menerusi laman web rasmi www.sriternak.com atau platform media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Loading...