Stres Punca Wajah Kusam & Berat Badan Naik? BaseUp Bawa Resolusi ‘Kesihatan Moden’ Bermula Dari Asas
- oleh Editor MYBUZZ
- 1 Apr 2026 2:11 pm
KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan mengejar arus kemodenan, wanita hari ini sering berdepan dengan satu musuh senyap yang merampas seri wajah dan kesihatan dalaman iaitu stres. Menyedari hakikat ini, jenama yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, Tohtonku Sdn Bhd (Tohtonku), kini melakar sejarah baharu dengan pelancaran BaseUp, sebuah jenama kesejahteraan yang bakal mendefinisikan semula erti kesihatan seisi keluarga.
Berbekalkan lebih 60 tahun pengalaman dalam industri, langkah Tohtonku menembusi segmen kesejahteraan ini disulami dengan satu falsafah yang cukup dekat di hati kita: “Kesejahteraan Bermula Dari Asas” (Wellness Starts at the Base).

BaseUp dilahirkan tepat pada masanya untuk merawat krisis kesihatan moden. Sedar atau tidak, tekanan hidup dan kebergantungan melampau terhadap dunia digital (over-digitalisation) telah mula ‘memakan’ diri kita dari dalam.
Stres bukan lagi sekadar bebanan di minda, malah ia bermanifestasi secara fizikal yang menyebabkan kulit hilang seri, sistem usus meragam, hormon menjadi haru-biru, dan malam-malam kita sering ditemani insomnia.
Menurut data kebangsaan yang dikongsikan sewaktu pelancaran, realiti kesihatan rakyat Malaysia ketika ini berada pada tahap yang membimbangkan. Sebanyak 54.4% orang dewasa di Malaysia berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti, menjadikan negara kita merekodkan kadar tertinggi di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, 33.8% rakyat Malaysia melaporkan mengalami masalah tidur atau insomnia, menunjukkan tahap kesejahteraan mental dan fizikal yang semakin merosot dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, Daftar Kanser Kebangsaan turut melaporkan bahawa kanser kulit menyumbang 2.6% daripada keseluruhan kes yang didaftarkan di Malaysia, menggambarkan cabaran kesihatan yang semakin berkait rapat dengan gaya hidup moden. Secara keseluruhan, angka‑angka ini menjadi manifestasi jelas bahawa gaya hidup kita hari ini semakin rapuh dan memerlukan perhatian serius.
Bagi merungkai simpulan masalah ini, BaseUp tidak percaya kepada penyelesaian kosmetik yang hanya merawat luaran.
“Kami melancarkan BaseUp kerana banyak isu kesihatan yang kita hadapi hari ini sebenarnya saling berkait rapat. Apabila satu masalah timbul, ia sering memicu masalah yang lain, mencipta satu kesan domino yang menjejaskan kesejahteraan secara keseluruhan. BaseUp bertujuan untuk memutuskan kitaran ini dengan merawat punca utama bermula dari asas,” jelas Jasper Lim, Pengarah Eksekutif Tohtonku.

Pendekatan holistik yang dibawakan oleh BaseUp ini semestinya satu khabar gembira buat mereka yang mahukan solusi kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh. Daripada membiarkan diri terus lesu melawan simptom dari luar, BaseUp memperkasakan wanita untuk kembali menjaga ‘asas’ tubuh badan, sekaligus membolehkan setiap daripada kita tampil anggun, sihat bertenaga, dan menyerlahkan pesona diri yang sebenar.
Semua produk BaseUp dihasilkan di Malaysia dengan mematuhi piawaian pensijilan halal JAKIM, menggabungkan inovasi sains yang diimport dengan standard peraturan tempatan yang dipercayai. Gabungan ini memastikan setiap formulasi bukan sahaja berkesan, tetapi juga selamat dan diyakini pengguna pelbagai latar belakang.
BaseUp kini dijual pada harga RM99.90 dan boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia, meliputi 476 cawangan di seluruh negara. Selain itu, rangkaian produk ini turut tersedia menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada, sekali gus memudahkan pengguna di seluruh Malaysia mendapatkan akses kepada penyelesaian kesihatan moden ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi BaseUp di: https://www.baseup.com.my/
Sudah tiba masanya untuk kita kembali membelai diri dari dalam. Kesejahteraan anda, bermula dari asasnya!




