Sentuhan Fabrik Austria & Nostalgia Ibu-Anak: Heliza Helmi Kemudi Pra-Pelancaran Nadi Rafa Hijab
- oleh Editor MYBUZZ
- 15 Aug 2026 6:15 pm
KUALA LUMPUR — Gaya hidup aktif seorang aktivis kemanusiaan dan penggemar sukan berkuda memanah seperti Datin Seri Heliza Helmi selalunya menuntut ketahanan fizikal yang tinggi. Namun, di sebalik padatnya jadual seharian, aspek keselesaan busanakhususnya hijab tetap menjadi keutamaan utama yang tidak boleh dikompromi.
Atas titik persamaan itulah, selebriti serba boleh ini memilih untuk menyatakan sokongan padu terhadap jenama tudung terbaharu di pasaran, Nadi Rafa Hijab, yang diraikan menerusi acara pra-pelancaran rasmi hari ini.
Pra-pelancaran berkenaan diadakan secara santai namun meriah sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Islam Puncak Jalil (SRIIPUJ) di Stadium Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), Cheras, di mana Heliza menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap jenama sekali gus pengacara majlis.

Foto dari kiri Dato’ Sheikh Mohd Zaki, Datin Siti Nadiah, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi di Majlis Pra-Pelancaran rasmi Nadi Rafa Hijab hari ini
Nadi Rafa Hijab lahir daripada impian pengasasnya, Datin Siti Nadiah Mislan, yang mendapati sukar untuk mencari tudung kanak-kanak yang memenuhi kriteria estetika dan praktikal untuk anak perempuannya, Widad Rafa, 10 tahun.
Video temubual bersama Pengasas Nadi Rafa Hijab, Datin Siti Nadiah
Tambah Datin Nadiah lagi, lambakan hijab kanak-kanak di pasaran tempatan kerap didominasi oleh warna-warna terang dan corak kartun. Beliau mahukan sesuatu yang berbeza—pilihan warna lembut (pastel) serta rekaan anggun yang menyerupai gaya tudung wanita dewasa.
“Tujuan asal saya menghasilkan Nadi Rafa Hijab sememangnya untuk memenuhi cita rasa anak saya sendiri yang gemarkan warna-warna lembut dan rekaan mirip mamanya. Daripada situ, kami tergerak untuk mengeluarkan saiz dewasa dan kanak-kanak bagi setiap koleksi supaya ibu dan anak dapat tampil sedondon serta mencipta momen indah bersama,” jelas Datin Nadiah ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Antara daya tarikan utama koleksi ini—khususnya menerusi rekaan Wafa Cotton Shaw ialah penggunaan material Tencel™ berlesen yang di import khas daripada pengeluar tekstil terkemuka Austria, Lenzing AG.
Sifat fabrik ini yang telap udara, tinggi tahap penyerapan peluh, cepat kering, serta bertekstur lembut menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan harian mahupun aktiviti sukan berpeluh tanpa risau masalah ‘berkepam’.
Video temubual bersama jurucakap Nadi Rafa Hijab, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi
Tambah Heliza Helmi, keselesaan fizikal memainkan peranan krusial dalam merangsang produktiviti individu, terutamanya bagi mereka yang berdepan tugasan luar (outdoor).
“Apabila berhijab, keselesaan itu kunci utama. Ia membantu kita kekal fokus dan produktif dalam apa jua lapangan pekerjaan. Material Wafa Cotton Shawl ini memang sangat serasi dengan jiwa dan gaya hidup saya,” kata Heliza.
Selain koleksi Wafa Cotton Shawl, Nadi Rafa Hijab turut menampilkan koleksi Cotton Square Hijab yang turut ditawarkan dalam saiz kanak-kanak serta dewasa.
Penggemar fesyen berhijab yang berminat untuk meneroka rangkaian produk berlandaskan slogan “Anggun, Selesa, Bergaya” ini boleh melayari laman web rasmi www.nadirafahijab.com atau mengikuti akaun Instagram rasmi mereka di @nadirafahijab.






