Ikuti Kami:

Sasar 10,000 Kedai Runcit SARA Menjelang Akhir 2026: Ninja Mart Sedia Sokongan Rantaian Bekalan Secara Digital

Sasar 10,000 Kedai Runcit SARA Menjelang Akhir 2026: Ninja Mart Sedia Sokongan Rantaian Bekalan Secara Digital

KUALA LUMPUR – Di sebalik kepesatan rangkaian runcit moden, kedai serbaneka, dan platform e-dagang, kedai runcit kejiranan di Malaysia terus memainkan peranan kritikal dalam memenuhi keperluan komuniti setempat. Berpandukan laporan rasmi, pemerkasaan sektor ini amat penting bagi memacu ekonomi rantaian runcit tempatan yang menjadi nadi masyarakat.

Kepentingan sektor peruncitan tradisional ini jelas tercermin dalam prestasi perdagangan negara yang lebih luas. Menurut data terbaharu daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan runcit negara mencatatkan nilai RM71.0 bilion pada April 2026, melonjak sebanyak 6.3% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi memberangsangkan ini merangkumi pelbagai format peruncitan pengguna, termasuk kedai bukan khusus seperti pasar raya besar, pasar mini, dan kedai serbaneka.

Pada masa yang sama, kedai runcit kejiranan kembali mendapat perhatian hangat apabila pengguna kini cenderung mencari kemudahan untuk mendapatkan barangan keperluan harian berhampiran rumah. Langkah memperkasakan segmen ini turut diperkukuh oleh inisiatif strategik kerajaan seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 kedai runcit kecil menjelang penghujung tahun 2026.

Meskipun kekal relevan dan mempunyai pasaran yang unik, pengusaha kedai runcit tradisional dan sektor perdagangan umum masih berdepan dengan pelbagai cabaran operasi harian yang meruncing. Berdasarkan penelitian pasaran, antara isu utama yang sering membelenggu mereka termasuklah kekangan Tenaga Kerja bagi menguruskan permintaan pelanggan yang tinggi dengan tenaga kerja yang terhad, Isu Rantaian Bekalan dimana kesukaran menyelaraskan urusan dengan pelbagai pembekal serta memastikan stok barangan keperluan sentiasa mencukupi di premis dan Logistik & Persaingan Moden bagi menguruskan proses penghantaran serta pemulangan barang, di samping perlu menyesuaikan diri dengan perubahan trend pengguna bagi bersaing dengan platform dalam talian dan rangkaian runcit moden.

Bagi pihak jenama dan pembekal pula, ekosistem perdagangan umum ini disifatkan agak berpecah dan tidak berpusat kerana melibatkan ribuan peruncit bebas di kawasan kejiranan, bandar kecil, dan luar bandar. Faktor geografi dan struktur ini menyukarkan pengeluar untuk menjangkau outlet secara konsisten, menguruskan pelaksanaan dagangan dan penataan produk (merchandising), mengekalkan ketersediaan stok, serta mendapatkan gambaran prestasi jualan yang telus di peringkat kedai.

Melihat kepada jurang operasi tersebut, platform pengedaran B2B Ninja Mart iaitu komponen di bawah Ninja Van Malaysia telah memperkenalkan model sokongan hibrid bagi menyatukan keperluan kedua-dua pihak. Model ini secara holistik menggabungkan penggunaan alat digital, keupayaan logistik yang mantap, serta hubungan fizikal manusia di lapangan.

Melalui platform pengedaran digital ini, Ninja Mart menghubungkan jenama dan pembekal terus kepada rantaian peruncit yang pelbagai, termasuk perdagangan umum, runcit moden, kedai stesen minyak, dan saluran HORECA (Hotel, Restoran, dan Kafetaria). Model uniknya menyepadukan sistem pesanan berasaskan aplikasi, sokongan pasukan jualan, rantaian logistik, dan bantuan kakitangan di lapangan secara terus.
Langkah ini bukan sahaja membantu pemilik jenama meluaskan capaian pasaran mereka secara efisien, malah mempermudah urusan harian pemilik kedai runcit seperti proses pesanan produk, penyelarasan penghantaran, pertanyaan, pemulangan barang atau tuntutan, serta sokongan operasi di peringkat kedai. Setakat ini, Ninja Mart telah berjaya menyokong lebih daripada 16,000 outlet peruncitan aktif di seluruh negara.


Foto Denise Ang, Country Head Ninja Mart Malaysia memberi taklimat kepada media berkaitan rantaian bekalan melalui platform Ninja Mart

Country Head Ninja Mart Malaysia, Denise Ang, menegaskan bahawa masa depan sektor perdagangan umum amat bergantung kepada penyelesaian praktikal yang benar-benar memahami cara operasi peruncit tradisional. Beliau menyatakan bahawa pengusaha kedai runcit bukan sekadar peniaga, tetapi sebahagian daripada komuniti yang mereka khidmati, dengan pemahaman mendalam tentang keperluan harian pelanggan mereka yang sangat berasaskan hubungan setempat. Beliau menambah bahawa menyokong segmen ini memerlukan ekosistem yang memberi manfaat bersama; iaitu ketelusan dan kecekapan logistik buat pemilik jenama, serta kemudahan pesanan dan bantuan operasi praktikal buat peruncit kecil.

Bagi membuktikan realiti operasi ini, Ninja Mart baru-baru ini mengadakan satu sesi lawatan media di Al-Amin Fresh Mart yang terletak di Kampung Kuantan, Klang. Sesi turun padang tersebut memberi peluang kepada pengamal media untuk melihat sendiri cabaran nyata dan dinamika operasi harian sebuah kedai runcit kejiranan yang sebenar.

Seiring dengan perkembangan landskap peruncitan negara, perdagangan umum akan terus menjadi komponen penting dalam ekosistem runcit Malaysia, khususnya di kawasan di mana kedekatan, kepercayaan, dan akses harian kekal menjadi faktor utama dalam tingkah laku pengguna. Dengan menggabungkan keupayaan rantaian bekalan moden dan realiti peruncitan berasaskan hubungan manusia, Ninja Mart komited membantu jenama mencapai lebih banyak peruncit serta menyokong pengusaha kedai runcit dengan alat dan perkhidmatan yang selari dengan cara mereka beroperasi.

Loading...