Ikuti Kami:

‘Travel With LARRIE’ Kembali Meriahkan Tahun Melawat Malaysia Dengan Hadiah Hingga RM50,000

‘Travel With LARRIE’ Kembali Meriahkan Tahun Melawat Malaysia Dengan Hadiah Hingga RM50,000

KUALA LUMPUR – Jenama kasut terkemuka tanah air, LARRIE, secara rasminya mengumumkan pelancaran semula Peraduan “Travel with LARRIE” Belanja dan Menang. Langkah korporat ini dilaksanakan bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia mereka, malah sebagai inisiatif serantau untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian utama yang kaya dengan keunikan budaya serta keindahan alam semula jadi.

Bertindak sebagai rakan strategik rasmi untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026/27, hadiah peraduan yang ditawarkan kali ini merangkumi pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh Malaysia.

Mengambil kira kejayaan penganjuran pada tahun-tahun sebelum ini, edisi kali ini menawarkan nilai ganjaran keseluruhan yang sangat lumayan iaitu mencecah sehingga RM50,000. Para pemenang bertuah bakal berpeluang untuk memenangi hadiah kembara ke pelbagai lokasi menarik di seluruh negara.

Travel With LARRIE Kembali Meriahkan Tahun Melawat Malaysia Dengan Hadiah Hingga RM50,000

‘Travel With LARRIE’ kembali meriahkan Tahun Melawat Malaysia dengan hadiah hingga RM50,000.

 

Mekanisme untuk menyertai peraduan ini adalah sangat mudah dan mesra pengguna, di mana pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM100 atau lebih bagi melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Selain daripada tiga hadiah utama (Grand Prizes) yang menjadi rebutan, pihak LARRIE turut menyediakan 24 hadiah bulanan yang menarik, yang mana seramai lapan pemenang akan dipilih pada setiap bulan sepanjang peraduan berlangsung. Hadiah-hadiah bulanan tersebut merangkumi pakej penginapan di hotel-hotel mewah serta baucar produk eksklusif keluaran LARRIE.

Peraduan Belanja dan Menang ini dijadualkan berlangsung bermula dari 1 Julai sehinggalah 30 September 2026. Kemuncak bagi kempen ini ialah pengumuman pemenang utama yang akan diadakan dalam satu acara rasmi Grand Finale pada bulan Oktober 2026.

Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran syarikat yang lebih luas, kempen “Travel with LARRIE” ini dirangka bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dengan meneroka kepelbagaian produk pelancongan domestik. Pihak pengurusan turut menjemput rakan media, para pengembara, serta pelanggan untuk terlibat secara aktif berkongsi pengalaman kembara mereka.

Travel With LARRIE Kembali Meriahkan Tahun Melawat Malaysia Dengan Hadiah Hingga RM50,000

Hanya belanja RM100, anda mungkin terbang ke destinasi percutian impian secara percuma! Acara ‘Lalaport Fair’ yang kini sedang berlansung mengetengahkan tawaran eksklusif serta potongan harga istimewa bagi semua jenama kasut di bawah naungan Kumpulan LARRIE.

 

Majlis pelancaran lembut (soft launch) bagi kempen ini telah diadakan dengan penuh meriah baru-baru ini  bertempat di Center Court, Lalaport BBCC, Kuala Lumpur. Acara tersebut dihadiri oleh barisan wakil media, tetamu VIP, serta pelanggan setia syarikat bagi melihat secara eksklusif butiran lanjut mengenai mekanisma peraduan, rancangan aktiviti promosi, serta bentuk kerjasama strategik yang bakal dijalankan.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, pihak Lalaport turut bekerjasama menganjurkan acara “Lalaport Fair” yang mengetengahkan tawaran eksklusif serta potongan harga istimewa bagi semua jenama kasut di bawah naungan Kumpulan LARRIE.

Antara jenama yang mengambil bahagian dalam jualan mega ini termasuklah Larrie Men and Ladies, VKI Ladies, dan NYC Ladies. Jualan tersebut menawarkan pelbagai variasi rekaan kasut termasuk kasut sukan, sandal, kasut kasual, dan kasut tumit tinggi pada harga mampu milik bermula serendah RM69 sehingga RM200.

Pengguna juga ditawarkan diskaun bagi jenama-jenama terpilih seperti Corrado dan Camel Active, di mana setiap koleksi direka khas untuk memberikan keselesaan, gaya, dan semangat pengembaraan yang optimum. Pelanggan dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan terkini bagi mendapatkan maklumat serta peraturan terperinci peraduan daripada saluran rasmi LARRIE.

Loading...