Salonpas® Day Raikan 92 Tahun Legasi, Perkukuh Gaya Hidup Aktif Masyarakat
- oleh Editor MYBUZZ
- 19 May 2026 7:13 am
Foto kumpulan sempena sambutan Salonpas® Day melalui acara Pickle & Patch” di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang
SUBANG JAYA – Jenama koyok melegakan kesakitan terkenal dunia, Salonpas® terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri penjagaan kesihatan menerusi sambutan Salonpas® Day yang diraikan dengan pelbagai inisiatif komuniti, transformasi digital dan kerjasama strategik bersama pemain industri sukan serta gaya hidup aktif.
Sambutan yang berlangsung sempena ulang tahun ke-92 Salonpas® itu turut menyaksikan Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia Sdn. Bhd. meraikan pengiktirafan daripada Euromonitor International sebagai jenama koyok melegakan kesakitan No.1 dunia buat kali ke-10 berturut-turut sejak tahun 2016.

Foto: Pengarah Urusan, Hisamitsu Malaysia, Isozaki Takash ketika pelancaran Salonpas® Day melalui acara Pickle & Patch” di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang
Menurut syarikat tersebut, pencapaian berkenaan membuktikan keyakinan pengguna global terhadap keberkesanan produk Salonpas® yang telah menjadi pilihan ramai selama beberapa dekad.

Foto: Produk Hisamitsu Salonpas yang tersedia di Malaysia
Dalam usaha memperluaskan pengaruh jenama kepada generasi pengguna moden yang lebih mementingkan kesihatan dan gaya hidup aktif, Hisamitsu Malaysia kini memberi fokus kepada transformasi digital, pengembangan e-dagang serta penglibatan komuniti secara lebih menyeluruh.
Tarikh 18 Mei diiktiraf sebagai Salonpas® Day di peringkat global, membawa simbolik tersendiri berdasarkan permainan bunyi bahasa Jepun iaitu nombor “5” yang merujuk kepada “kori” (kekejangan) dan “18” pula membawa maksud “iyasu” (melegakan), sekali gus membentuk frasa “Kori wo Iyasu” atau “melegakan kekejangan”.
Sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuhkan hubungan dengan komuniti aktif, Hisamitsu Malaysia turut menjalin kerjasama pertama bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara “Salonpas® Day Pickle & Patch”.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah awal syarikat dalam memperluaskan jaringan kerjasama bersama komuniti sukan dan kesejahteraan di Malaysia, selain memperkenalkan Salonpas® sebagai teman pemulihan yang dipercayai bagi mereka yang aktif bersukan.
Ditubuhkan di Jepun pada tahun 1847, Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. kini beroperasi di lebih 50 negara dan terkenal menerusi pelbagai produk penjagaan kesihatan termasuk Salonpas® dan ByeBye-FEVER®.
Dengan aspirasi mencapai pertumbuhan dua digit menjelang tahun 2026, syarikat itu optimis pendekatan berteraskan inovasi, teknologi dan hubungan komuniti akan terus memperkukuhkan kedudukan jenama tersebut di pasaran global.



