‘Rooftop Party’ & Bufet Makan Sepuasnya! Mercure KL Glenmarie Tawar 3 Pengalaman Gastronomi Epik
- oleh Editor MYBUZZ
- 12 Apr 2026 2:24 pm
SHAH ALAM – Mencari lokasi sempurna untuk meraikan hari bermakna atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama rakan sekerja dan keluarga? Mercure KL Glenmarie kini menjanjikan kelainan dengan memperkenalkan tiga pengalaman kulinari baharu yang dirangka khas untuk menghimpunkan orang ramai sambil menikmati kelazatan hidangan.
Dari majlis keraian yang meriah di atas bumbung hinggalah kepada pengalaman menjamu selera secara bufet yang santai, hotel Mercure KL Glenmarie bersedia mencipta memori manis untuk setiap tetamunya.

Bagi anda yang mengimpikan sebuah majlis penuh meriah berlatarbelakangkan pemandangan latar langit bandar, Pakej Parti Bufet (Buffet Party Package) di Urban@13 Rooftop Bar adalah jawapan yang paling tepat. Pakej ini direka khas bagi memudahkan penganjuran majlis hari jadi, acara korporat, mahupun majlis pertemuan semula (reunion), di mana pasukan hotel akan menguruskan segala perincian majlis anda.Antara keistimewaan yang dirangkumkan di dalam pakej ini termasuklah:
- Hiburan live band bagi menghidupkan suasana malam.
- Hadiah alu-aluan eksklusif untuk setiap tetamu yang hadir.
- Set dekorasi bertema lengkap dengan belon, lampu LED, papan tanda parti, dan sudut photo booth.
- Kek keraian khas untuk momen istimewa dan acara toast.
- Hamparan hidangan bufet lazat merangkumi pembuka selera, salad, hidangan utama, dan pencuci mulut.
Pakej ini ditawarkan pada harga RM168+ seorang untuk pakej tanpa alkohol. Bagi tetamu yang mahukan pakej alkohol, ia ditawarkan pada harga RM228+ seorang yang merangkumi satu tong bir. Pengurus F&B, Rizan Bin amat mengesyorkan tetamu untuk memadankan parti bufet ini dengan bir draf Carlsberg atau house wine bagi melengkapkan sentuhan perayaan. Tempahan minimum yang ditetapkan adalah seramai 30 orang.

Bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang sibuk namun masih inginkan kualiti, restoran Warna All-Day Dining membawakan tawaran Express Lunch Buffet. Promosi ini berlangsung pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang (kecuali cuti umum).
Menawarkan harga yang sangat berbaloi iaitu RM45+ seorang, pelanggan turut menikmati promosi “Beli 5 Percuma 1”. Pengurus F&B, Rizan Bin menyifatkan hidangan Bahu Kambing Panggang (Grilled Lamb Shoulder) sebagai menu cemerlang yang wajib dicuba pada sesi ini.

Menjelang hujung minggu, Warna All-Day Dining menggamit kehadiran tetamu menerusi tawaran Hi-Tea Buffet setiap hari Sabtu bermula jam 12:30 tengah hari hingga 4:00 petang. Bufet hujung minggu ini memberi peluang untuk tetamu meluangkan masa berborak bersama keluarga dan rakan-rakan dihidangkan dengan pelbagai kegemaran savouri dan manisan.
- Tarikan utama bagi bufet Hi-Tea ini sudah pastinya hidangan signatur mereka, Kaki Kambing Panggang (Roasted Lamb Leg).
- Harga yang ditawarkan adalah RM75+ untuk dewasa, RM55+ untuk warga emas (60 tahun dan ke atas), dan RM38+ untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.
- Lebih jimat, tawaran “Beli 5 Percuma 1” tersedia buat tetamu dewasa, manakala kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah boleh makan secara percuma (terhad kepada dua kanak-kanak untuk setiap dua orang dewasa yang membayar).
Sebagai sebahagian daripada kumpulan hospitaliti global Accor, pengalaman menjamu selera disini dirangka untuk memberi lebih banyak ganjaran. Menurut Pengurus Besar Mercure KL Glenmarie, Puvan Abdullah, para tetamu akan meraih mata ganjaran di bawah program kesetiaan gaya hidup ALL Accor apabila menikmati hidangan di hotel tersebut. Mata ganjaran yang dikumpul boleh digunakan untuk penginapan serta pelbagai pengalaman di rangkaian hotel Accor di seluruh dunia pada masa akan datang.
