Ikuti Kami:

Razorpay Curlec Raih Anugerah Global Digital CX Awards 2026 di Singapura

Razorpay Curlec Raih Anugerah Global Digital CX Awards 2026 di Singapura

Ketua Negara & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Razorpay Curlec, Kevin Lee, menerima anugerah Best PayTech for Digital Customer Experience pada Anugerah Digital CX 2026 yang berlansung di Singapura. 

 

KUALA LUMPUR – Platform gerbang pembayaran terkemuka di Malaysia, Razorpay Curlec terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran apabila berjaya merangkul anugerah berprestij ‘Best PayTech for Digital Customer Experience (CX) – Payments’ pada majlis The Digital CX Awards 2026.

Anugerah anjuran The Digital Banker, sebuah firma penyelidikan dan perisikan perniagaan global itu, mengiktiraf komitmen cemerlang syarikat dalam memajukan pengalaman pelanggan digital menerusi penyelesaian bersepadu, berskala dan dikuasakan oleh teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Kemenangan ini disifatkan cukup epik kerana Razorpay Curlec berjaya menewaskan lebih 1,600 penyertaan daripada lebih 200 buah institusi kewangan di seluruh dunia. Pemenang bagi anugerah ini dinilai secara teliti merentasi tonggak utama merangkumi inovasi, libat urus, pemperibadian dan pengalaman pengguna, dari integrasi API sehinggalah kepada kepuasan pelanggan dan reka bentuk yang intuitif.

Ketua Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif Razorpay Curlec, Kevin Lee yang menerima anugerah tersebut di Singapura menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu pencapaian yang membanggakan.

“Saya berterima kasih kepada penganjur dan juga pasukan saya yang bekerja keras untuk memastikan setiap perniagaan, bermula daripada PKS yang sedang berkembang sehinggalah kepada perusahaan global, mempunyai akses kepada infrastruktur kewangan bertaraf dunia.

“Melangkah ke hadapan, kami kekal komited untuk memacu ekosistem kewangan tanpa sempadan yang dikuasakan oleh AI,” katanya.

Razorpay Curlec Raih Anugerah Global Digital CX Awards 2026 di Singapura

Razorpay Curlec kukuhkan kedudukan sebagai gerbang pembayaran digital terkemuka Malaysia

 

Bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berevolusi, Razorpay Curlec menawarkan sistem daftar keluar bersepadu (unified checkout) yang diyakini serta direka untuk memacu kadar penukaran (conversion rates) yang lebih tinggi di pasaran. Penyelesaian ini dibangunkan bagi memastikan pengalaman pembayaran yang lancar, pantas dan selamat merangkumi pelbagai kaedah bayaran pilihan pengguna.

Antara keupayaan utama yang ditawarkan termasuk sokongan Kad Tokenisasi, Apple Pay, serta Pelan Ansuran Sifar Faedah bagi rangkaian Visa dan Mastercard, sekali gus memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan ketika berurus niaga.

Selain itu, Razorpay Curlec turut menawarkan pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang dilengkapi dengan ciri penghalaan semula dompet (app-to-app wallet redirection), membolehkan pengguna melengkapkan transaksi tanpa gangguan merentas aplikasi secara efisien.

Bagi memastikan tahap kebolehpercayaan tertinggi, setiap transaksi dipantau secara rapi oleh enjin risiko proprietari, Shield, yang menganalisis berbilion titik data secara masa nyata. Pendekatan ini memastikan transaksi kekal stabil dan selamat, termasuk ketika tempoh penggunaan puncak.

Selain itu, Razorpay Curlec juga sedang memulakan projek rintis bagi pembayaran agentic di Malaysia bagi membantu para peniaga kekal relevan dengan perubahan corak beli-belah pengguna masa kini.

Lonjakan ekonomi digital di rantau ini yang dijangka mencecah US$234 bilion menjelang tahun 2025 telah meningkatkan permintaan terhadap penyelesaian kewangan bersepadu. Pada hari ini, Razorpay Curlec menyokong lebih satu juta perniagaan di peringkat global, yang mana lebih 5,000 daripadanya adalah PKS dan perusahaan di Malaysia.

Keberkesanan ekosistem ini terbukti apabila ia berjaya mencatatkan kadar kejayaan transaksi melebihi 90 peratus, selain membantu meningkatkan hasil peniaga sekitar lapan hingga 10 peratus menerusi pengoptimuman dipacu AI. Syarikat ini juga telah memproses lebih 11.5 juta transaksi secara keseluruhan dengan rekod pertumbuhan tahun ke tahun yang mantap sebanyak 65 peratus.

Loading...