Ikuti Kami:

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam “TARUNG: Unforgiven”, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam “TARUNG: Unforgiven”, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

KUALA LUMPUR – Berita baik buat peminat filem aksi tempatan! Pengarah pecah panggung, Razaisyam Rashid, bakal kembali menggegarkan pawagam menerusi naskhah terbaharu yang paling dinantikan pada tahun 2026, iaitu TARUNG: Unforgiven. Filem aksi epik yang dijadualkan menembusi pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026 ini merupakan taruhan hebat daripada produksi Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Terkenal dengan sentuhan gaya visual dan sinematografi yang memukau, Razaisyam yang turut bertindak selaku Penulis Skrip dan Penerbit Eksekutif menyifatkan filem ini sebagai projek produksinya yang paling besar pernah dihasilkan.

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam TARUNG: Unforgiven, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

Tampil dengan visi sinematik yang berani, beliau menjanjikan sebuah evolusi dalam kerjayanya sebagai pembikin filem.

“Saya membawa pendekatan yang berbeza daripada karya-karya sebelum ini baik dari gaya visual, koreografi aksi, hinggalah cara penceritaan,” jelas Razaisyam sewaktu majlis pengenalan rasmi barisan pelakon di MITEC malam semalam.

Beliau turut mendedahkan bahawa naskhah ini padat dengan mesej mendalam.

“Tema utama filem ini sebenarnya sangat peribadi, ‘you vs you’. Pertarungan paling sukar bukan menentang musuh di luar, tetapi menentang kelemahan, ego dan ketakutan dalam diri sendiri,” tambahnya lagi, dengan harapan perasaan itu dapat dijiwai oleh penonton apabila mereka keluar dari panggung kelak.

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam TARUNG: Unforgiven, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

TARUNG: Unforgiven membawa penonton menyelami kisah gelap seorang bekas juara silat yang dihantui dosa silam susulan berlakunya sebuah tragedi. Demi menyelamatkan nyawa kakaknya, dia terpaksa melangkah masuk bertarung di sebuah gelanggang haram. Namun, tanpa disangka, lawan yang sedang menantinya di gelanggang tersebut merupakan individu terdekat dari masa lalunya.

 

Untuk menghidupkan konflik yang besar serta penuh sisi kemanusiaan ini, filem TARUNG: Unforgiven  bergantung pada kekuatan ensemble cast yang masing‑masing membawa lapisan emosi dan tenaga yang saling melengkapi. Persembahan kolektif inilah yang menjadi tunjang utama penceritaan, sekali gus memperkukuh intensiti dan jiwa yang ingin disampaikan.

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam TARUNG: Unforgiven, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

Filem TARUNG: Unforgiven turut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah. Turut membintangi ialah Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G., melengkapkan sebuah pasukan pelakon yang menjanjikan pengalaman sinematik yang mendalam dan tidak mudah dilupakan.

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam TARUNG: Unforgiven, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

Naskhah ini bukan sahaja memperlihatkan kehebatan Aedy Ashraf di hadapan kamera sebagai pelakon utama, malah ia melakar sejarah baharu apabila beliau turut menggalas tugas berat sebagai Penerbit dan Penerbit Eksekutif menerusi syarikatnya, Alpha47.

Razaisyam Rashid Hadir Dengan Visi Sinematik Baharu Dalam TARUNG: Unforgiven, Filem Aksi Paling Dinantikan 2026

Pada usia 33 tahun, Aedy mengakui bahawa menerbitkan filem blockbuster adalah satu risiko yang besar, namun ia merupakan satu langkah evolusi penting untuk membina produksi tempatan yang lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Bagi menghangatkan lagi keterujaan, sebuah video eksklusif berdurasi 1 minit telah pun dilancarkan untuk tayangan di pawagam. Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini filem ini di semua platform digital produksi terlibat dan menggunakan tanda pagar #TarungUnforgiven.

Loading...