Ikuti Kami:

Program REAKASIH 2026 Tawar Perkhidmatan Gunting Rambut Percuma, Lebih 1,500 Anak Yatim Terima Manfaat

Program REAKASIH 2026 Tawar Perkhidmatan Gunting Rambut Percuma, Lebih 1,500 Anak Yatim Terima Manfaat

KUALA LUMPUR – Penampilan kemas dan rapi kini bukan lagi satu kemewahan buat golongan kurang berkemampuan apabila REA EMPIRE tampil menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma menerusi Program REAKASIH 2026.

Inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) yang menyasarkan lebih 1,500 anak yatim di bawah naungan Persatuan Pengurusan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) ini sedang rancak berlangsung bermula 21 Jun lalu sehingga 27 Disember depan.

Lebih murni, program khidmat masyarakat ini bukan sahaja memfokuskan kepada anak yatim, malah ia turut diperluas bagi memberi manfaat kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), golongan asnaf serta keluarga berpendapatan rendah.

Baru-baru ini, siri jelajah program tersebut singgah di Badan Amal Amir Zahrah, Janda Baik, di mana seramai 43 pelajar di pusat jagaan berkenaan menerima sentuhan magis barisan tukang gunting profesional secara sukarela.

Pengurus Operasi Program REA EMPIRE, Ella Ali menyampaikan sijil penghargaan kepada pemilik The Scissors Barbershop atas kerjasama menjayakan program komuniti REAKASIH 2026.

 

Kepakaran mendandan rambut itu disumbangkan oleh barisan barber muda tanah air, termasuk pasukan dari The Scissors Barbershop. Pengurus Operasi Program REA EMPIRE, Ella Ali berkata, penjagaan rambut memainkan peranan besar dan berkait rapat dengan pembinaan keyakinan diri serta emosi seseorang.

“Bagi kami, penjagaan rambut bukan sekadar tentang penampilan. Kami percaya bahawa penampilan yang kemas dan keyakinan diri yang tinggi boleh memberi impak positif kepada seseorang, terutamanya anak-anak yatim.

“Kepuasan terbesar bagi kami adalah apabila melihat senyuman dan keyakinan yang terpancar pada wajah anak-anak ini. Bagi REA EMPIRE, kejayaan sebenar bukan hanya dalam perniagaan, tetapi apabila kami dapat memberi manfaat dan membawa kegembiraan kepada masyarakat,” jelasnya.

Program REAKASIH 2026 Tawar Perkhidmatan Gunting Rambut Percuma, Lebih 1,500 Anak Yatim Terima Manfaat

Dari salon ke komuniti, REA EMPIRE hulur harapan buat golongan memerlukan. Lebih 1500 anak yatim di bawah naungan Persatuan Pengurusan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) terima manafaat menerusi program REAKASIH 2026.

 

Bukan sekadar menggunting dan menggayakan rambut, REAKASIH 2026 turut padat dengan pelbagai pengisian bermakna termasuk agihan pek makanan, pemberian sumbangan, sesi motivasi serta perkongsian mengenai penjagaan diri.

Pelaksanaan kelancaran logistik program ini turut dibantu menerusi kerjasama strategik bersama pihak PEYATIM. Menurut Pegawai Akaun PEYATIM, Noryati Ab Ghani, pihaknya bertindak membantu menyusun jadual dan mengenal pasti asrama yang bersesuaian, khususnya yang berada dalam lingkungan radius 100 kilometer dari ibu pejabat mereka.

Pelaksanaan Program REAKASIH 2026 kini terus bergerak secara berperingkat ke lokasi yang telah dijadualkan. REA EMPIRE turut mengalu-alukan rumah kebajikan, pusat jagaan anak yatim, mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin berkolaborasi dan mendapatkan khidmat ini untuk menghubungi talian 019-466 0000 bagi maklumat lanjut.

Loading...