Ikuti Kami:

Pestapora Malaysia 2026: 15 Artis Dua Negara Bakal Menggegarkan Bukit Jalil, Tiket Fasa 2 Mula Dijual!

Pestapora Malaysia 2026: 15 Artis Dua Negara Bakal Menggegarkan Bukit Jalil, Tiket Fasa 2 Mula Dijual!

KUALA LUMPUR — Bahang festival muzik serumpun semakin membara apabila penganjuran Latihan Pestapora Malaysia 2026 mengumumkan senarai penuh 15 barisan artis hebat dari Malaysia dan Indonesia yang bakal memeriahkan pentas pada 15 Ogos 2026 ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Festival muzik rentas budaya anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu terus menghangatkan debaran peminat menerusi pengumuman artis Fasa 2. Antara nama besar dari Indonesia yang diumumkan termasuk band pop-rock popular Last Child yang bakal membuat kemunculan julung kali di Malaysia, serta kumpulan ikonik Tipe-X yang sedia menghidupkan suasana menerusi irama ska bertenaga mereka.

Menambah kehangatan dari pentas tempatan, kumpulan R&B legenda Ruffedge serta penyanyi bersuara merdu Lah Ahmad turut disahkan bakal mengimbau nostalgia peminat dengan himpunan lagu malar segar mereka. Pentas juga akan terus digoyangkan dengan seleksi muzik bertenaga daripada DJ Disko Santan & Friends.

12 Jam Pesta Muzik & Fasiliti Mesra Peminat

Bakal berlangsung selama 12 jam tanpa henti, festival ini bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya menjanjikan sebuah pengalaman acara penuh warna-warni yang menghubungkan peminat muzik dua negara.

Bagi memastikan keselesaan dan tenaga pengunjung sentiasa terjaga sepanjang hari, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai kemudahan khas:

  • Botol Air Percuma: Setiap pengunjung akan menerima satu botol air mineral percuma sebaik sahaja melangkah masuk ke tapak festival.
  • Stesen Air Semula: Kemudahan stesen free refillable water disediakan di sekitar kawasan stadium bagi membolehkan peminat mengisi semula air.
  • Pilihan Kulinari: Kepelbagaian vendor makanan dan minuman disediakan bagi menyajikan aneka hidangan serta sajian ringan.

Jualan Tiket Fasa 2 Kini Dibuka Official!

Seiring dengan pengumuman lengkap barisan artis, jualan tiket rasmi kini telah memasuki fasa General Admission Phase 2. Pihak penganjur turut menawarkan tawaran penjimatan khas buat mereka yang ingin hadir secara berkumpulan.

  • General Admission (Phase 2): Dijual pada harga RM249 bagi setiap tiket.
  • Pakej “Bundle Pesta”: Pembelian empat (4) tiket General Admission (GA) pada harga Fasa 1 akan menerima satu (1) tiket GA percuma.
  • Tiket Tempat Duduk: Masih dibuka untuk jualan namun dimaklumkan jumlahnya adalah amat terhad.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi latihanpestaporamalaysia.com atau menerusi akaun rasmi Instagram @latihanpestapora.my

Loading...