Ikuti Kami:

Peminat Tak Mahu Lepas Peluang, Majlis Hi-Tea Khadijah Ibrahim ‘Sold Out’

Peminat Tak Mahu Lepas Peluang, Majlis Hi-Tea Khadijah Ibrahim ‘Sold Out’

KUALA LUMPUR: Penangan ratu lagu nostalgia tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim terbukti masih berbisa apabila tempahan bagi acara khas “HI TEA Hari Malaysia” kini rasmi ditutup selepas menerima sambutan luar biasa daripada peminat.

Majlis anjuran Naan Corner Restaurant 1983 bersama Transit by Naan Corner Restaurant milik Datuk Parwiz Kausar, dijadualkan berlangsung pada 16 September 2026 di Steg Hotel Kuala Lumpur itu menyaksikan ketersediaan 270 tempat duduk habis ditempah dalam tempoh singkat.

Peminat Tak Mahu Lepas Peluang, Majlis Hi-Tea Khadijah Ibrahim 'Sold Out'

Acara Hi-Tea Hari Malaysia bersama Dato’ Khadijah Ibrahim dapat Sambutan Hangat, penganjur umum tempahan ditutup.

 

Menerusi kemaskini di laman sosial Facebook rasmi Naan Corner hari ini, pihak penganjur mengesahkan slot tempahan telah dipenuhi sekali gus membuktikan keterujaan orang ramai untuk beramah mesra dan meraikan Hari Malaysia bersama barisan artis kegemaran mereka.

Acara berkonsepkan santai dan mesra keluarga ini bakal berlangsung bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. Ia mengadunkan elemen persembahan muzik, hidangan minum petang, serta pemupukan semangat patriotik dan silaturahim dalam satu majlis.

Peminat Tak Mahu Lepas Peluang, Majlis Hi-Tea Khadijah Ibrahim 'Sold Out'

 

Penganjur, Datuk Parwiz Kausar bersama-sama Dato’ Khadijah Ibrahim, Hairee Kool dan Norish Karman sewaktu majlis sidang media yang berlansung di Transit by Naan Corner Restaurant baru-baru ini.

 

Persembahan kemuncak dijangka bermula pada jam 2.30 petang, di mana Dato’ Khadijah Ibrahim bakal membawa para tetamu menyusuri kenangan silam menerusi himpunan lagu-lagu hits beliau. Bukan itu sahaja, suasana petang berkenaan akan dihangatkan lagi dengan kemunculan artis jemputan, Hairee Kool dan Fredo Flybaits, manakala pelakon serta pengacara versatil, Norish Karman disahkan bertindak sebagai pengacara majlis.

Sebelum tempahan ditutup, tawaran tiket mesra poket iaitu RM39.90 bagi dewasa serta RM29.90 untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) dan warga emas menjadi antara daya tarikan utama peminat untuk tidak melepaskan peluang emas ini.

Penganjuran “HI TEA Hari Malaysia” ini turut membawa mesej bahawa semangat kebangsaan bukan sahaja diraikan menerusi acara rasmi, malah boleh dipupuk menerusi perpaduan, kebersamaan, dan ikatan silaturahim sesama masyarakat dalam suasana penuh kemesraan.

Loading...