Ikuti Kami:

D’Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November Ini

D’Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November Ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, D’Masiv, bakal mengubat kerinduan peminat tanah air apabila memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi persinggahan terakhir Asia sebelum melabuhkan tirai siri jelajah D’MASIV Asia Home Run di Jakarta.

Dianjurkan oleh Neptunes Presents dengan kerjasama RANS Entertainment, konsert berskala besar ini dijadualkan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur tepat jam 8 malam pada 20 November 2026.

Selepas menjelajah Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura, persinggahan di ibu negara ini menjanjikan kelainan menerusi persembahan bertenaga dan susunan muzik yang intim.

D'Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November Ini

Kuala Lumpur jadi destinasi terakhir sebelum Jakarta, D’Masiv sedia temui peminat Malaysia.

 

Kemuatan Mesej Dan Suasana ‘Kediaman Sendiri’

Vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta, menjelaskan bahawa jelajah ini dibina atas semangat asal penubuhan kumpulan itu yang bermula di Ciledug, Indonesia. Melalui siri jelajah ini, mereka berhasrat membawa kehangatan dan keselesaan suasana rumah kepada para penonton.

“Setiap perjalanan D’Masiv bermula di Indonesia, khususnya di Ciledug dan di situlah semangat yang kami ingin bawa ke ‘Asia Home Run’. Kami berharap semasa konsert berlangsung, penonton akan dapat merasai keakraban, seolah-olah mereka sedang menikmati persembahan dalam keselesaan seperti di kediaman sendiri,” kata Rian.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2003 ini turut dibarisi oleh Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass), dan Wahyu Piadji (dram).

Aksi Konsert 2 Jam & Rangkaian Lagu Hits

Pengarah Projek Neptunes Presents, Shamsir Firdaus Shariman, menyatakan pemilihan Mega Star Arena dibuat bagi menampung bilangan peminat D’Masiv yang besar di Malaysia, yang disifatkan sebagai ‘rumah kedua’ buat kumpulan berkenaan.

Pengarah RANS Entertainment, Nagita Slavina, turut menambah bahawa penonton bakal disajikan dengan persembahan berdurasi dua jam. Selain karya terbaharu, D’Masiv bakal memperdengarkan barisan lagu popular seperti Pergilah Kasih, Jangan Menyerah, dan Cinta Ini Membunuhku yang disokong oleh rekaan visual berkonsepkan warisan Indonesia.

D'Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November IniD'Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November Ini

D'Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November IniD'Masiv Kembali Gegar Kuala Lumpur, Mega Star Arena Jadi Pentas Asia Home Run November Ini

Jualan Tiket Bermula 8 September

Jualan tiket pra-jualan bagi konsert D’MASIV Asia Home Run akan mula dibuka pada 8 September 2026 jam 10 pagi menerusi laman web rasmi dmasivtour.com.

Harga tiket yang ditawarkan merangkumi pelbagai kategori:

  • Super VIP: RM588 (termasuk tempat duduk premium, pass masuk pentas, sesi bergambar, barangan eksklusif, poster bertandatangan, serta makanan & minuman)
  • Diamond: RM288
  • Festival (Berdiri): RM188
  • Platinum: RM148 Gold: RM108.

Pihak penganjur turut menawarkan pakej tambahan seperti sesi bergambar bersama poster bertandatangan pada harga RM100 serta tiket koleksi edisi terhad pada harga RM10 sepanjang tempoh pra-jualan.

Loading...