Ikuti Kami:

Peminat Indie Wajib Hadir! Lima Band Gergasi Bakal Gegarkan Unifi Arena Ogos Ini

Peminat Indie Wajib Hadir! Lima Band Gergasi Bakal Gegarkan Unifi Arena Ogos Ini

KUALA LUMPUR – Peminat tegar irama alternatif dan indie tanah air pastinya tidak keruan dengan perkhabaran gembira ini. Sebuah konsert berskala besar, SOUNDSTAGE, bakal menggegarkan Unifi Arena pada 16 Ogos 2026 dengan menghimpunkan lima buah band hebat dari Malaysia dan Indonesia dalam satu malam yang cukup dinantikan.

Konsert mega yang dijadualkan berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam ini bakal diterajui oleh dua nama besar industri muzik serantau, iaitu NIDJI dan Hujan selaku artis utama.

Gabungan mantap ini menyaksikan pertemuan dinamik antara sebuah band legenda dari Indonesia bersama empat buah band popular Malaysia yang terkenal dengan kekuatan karya berteraskan muzik alternatif, indie, dan rock.

Peminat Indie Wajib Hadir! Lima Band Gergasi Bakal Gegarkan Unifi Arena Ogos Ini

Selain NIDJI dan Hujan, pentas SOUNDSTAGE turut bakal disemarakkan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Dukes, Empty Page, dan Midnight Fusic.

Penganjuran ini menjanjikan sebuah persembahan rentas sempadan yang bukan sahaja luar biasa, malah mampu menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi keunikan karakter dan warna muzik tersendiri daripada setiap kumpulan yang terlibat.

Peminat Indie Wajib Hadir! Lima Band Gergasi Bakal Gegarkan Unifi Arena Ogos Ini

Bagi memastikan peminat mendapat pengalaman konsert yang terbaik, pihak penganjur menawarkan empat pilihan kategori tiket mengikut keselesaan penonton seperti berikut:

  • Rock Zone: RM139
  • Mosh Pit Zone (Standing): RM169
  • Indie Zone: RM179
  • HIP Zone: RM369 (Pemegang tiket kategori ini bakal menikmati akses eksklusif Fast Lane untuk kemasukan mudah ke arena)

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan pertembungan epik lima band gergasi ini berkongsi satu pentas. Tiket kini sudah mula dijual dan peminat boleh mendapatkan tiket masing-masing dengan melayari laman web rasmi di www.wowtix.com.my.

Loading...