Ikuti Kami:

Najib Razak Diberi Pengampunan Bersyarat, Jalani Tahanan Di Rumah

Najib Razak Diberi Pengampunan Bersyarat, Jalani Tahanan Di Rumah

PUTRAJAYA – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang bersidang hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, beliau dibenarkan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 dengan syarat menjelaskan denda berjumlah RM50,000,000.00. Beliau diwajibkan mematuhi setiap syarat yang ditetapkan, dan sekiranya mana-mana syarat tersebut dilanggar, pengampunan bersyarat berkenaan akan terbatal secara serta-merta serta beliau perlu meneruskan semula baki hukuman di dalam penjara.

Loading...