Konsert

Meraikan Perjalanan Seni Bersama Peminat, Amir Masdi Umum ‘AM:PM Showcase’ Di Zepp KL

Oleh

Meraikan Perjalanan Seni Bersama Peminat, Amir Masdi Umum ‘AM:PM Showcase’ Di Zepp KL

KUALA LUMPUR – Terkenal dengan kawalan vokal yang padu serta aksi pentas yang sentiasa bertenaga, penyanyi versatil Amir Masdi bersedia menutup tirai tahun 2026 menerusi penganjuran AM:PM Showcase yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember 2026, jam 8.30 malam.

Dianjurkan oleh AR United Music dengan sokongan padu Nova Music dan Rocketfuel Entertainment serta rakan radio rasmi ERA fm, GEGAR fm dan HITZ fm, persembahan khas ini direka untuk memberi pengalaman eksklusif yang memaparkan sisi paling peribadi Amir sebagai penyanyi, pengkarya, dan penghibur pentas.

Memilih lokasi berprestij Zepp Kuala Lumpur yang terkenal dengan suasana lebih mesra dan intim, para peminat berpeluang menyaksikan gandingan mantap vokal padu, susunan muzik terbaharu, santapan visual berkualiti tinggi serta pelbagai kejutan istimewa yang disiapkan khas.

Meraikan Perjalanan Seni Bersama Peminat, Amir Masdi Umum 'AM:PM Showcase' Di Zepp KL

Lebih daripada showcase, Amir Masdi janjikan pengalaman muzik berbeza buat peminat.

 

Sisi Peribadi & Janji Momen Unik

Bagi penyanyi lagu-lagu hit ini, pencetusan idea AM:PM Showcase lahir daripada hasrat mendalamnya untuk meraikan pengembaraan muzik bersama para penyokong yang tidak pernah berhenti berdiri di belakangnya sejak awal kemunculan.

“Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut. Sebab itu saya mahu AM:PM Showcase menjadi sebuah malam yang cukup istimewa.

“Saya mahu semua yang hadir bukan sekadar menonton persembahan, tetapi pulang dengan kenangan yang sukar dilupakan. Kami sedang menyiapkan pelbagai elemen baharu supaya pengalaman pada malam itu benar-benar berbeza daripada persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini,” kata Amir.

Amir turut menyifatkan malam persembahan berskala eksklusif ini sebagai tanda penghargaan serta ‘hadiah’ paling bermakna buat semua peminat yang sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi terhadap karya-karyanya.

Meraikan Perjalanan Seni Bersama Peminat, Amir Masdi Umum 'AM:PM Showcase' Di Zepp KL

AM:PM SHOWCASE tonjol sisi paling peribadi Amir Masdi sebagai penghibur dan pengkarya.

 

Komitmen Penganjur & Jualan Tiket

Dalam pada itu, wakil penganjur AR United Music menyatakan bahawa pemilihan Amir Masdi dibuat atas dasar kredibiliti dan konsistensinya yang sentiasa memberikan persembahan bertenaga di atas pentas.

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur pula disifatkan amat bertepatan bagi mewujudkan ruang interaksi secara langsung dan penuh emosi antara penyanyi itu dan penonton. Tiket bagi menyaksikan AM:PM Showcase kini sudah mula dijual secara rasmi di platform Ticket Empire.

Meraikan Perjalanan Seni Bersama Peminat, Amir Masdi Umum 'AM:PM Showcase' Di Zepp KL

Berikut adalah senarai kategori dan harga tiket yang ditawarkan:

  • VIP (Seated): RM254
  • CAT 1 (Seated): RM204
  • CAT 2 (Seated): RM184
  • CAT 3 (Seated): RM154
  • CAT 4 (Standing): RM104

Bagi peminat yang mengidamkan pengalaman persembahan yang lebih eksklusif menerusi kategori BOX (Seated), tempahan khas boleh dibuat dengan menghubungi talian 011-5996 3265 atau melayari portal rasmi di www.myticketempire.com/amirmasdiampm.

, , , , ,

Verified by MonsterInsights