Malaysia Berpeluh: Taktik ‘Kalis Haba’ Hadapi Suhu Mencecah 37°C!
- oleh Editor MYBUZZ
- 27 Mar 2026 2:37 pm
KUALA LUMPUR – Gelombang haba yang melanda negara kini mengubah rutin harian kita umpama satu siri rancangan realiti ketahanan diri. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan bahawa kita kini berada di bawah cengkaman Monsun Barat Daya yang membawa suhu ekstrem sehingga mencecah 37°C di beberapa kawasan.
Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan peluh membasahi baju sehingga melekat pada tubuh , tetapi turut memicu simptom seperti kehilangan selera makan yang tidak bersebab, kekeliruan minda pada waktu tengah hari, dan kesukaran untuk tidur di malam hari. Tubuh kita sebenarnya sedang menyalakan amaran kecemasan apabila terdedah kepada cuaca panas yang berpanjangan ini.

Ancaman keletihan haba sering menyusup masuk tanpa disedari melalui tanda-tanda seperti pening kepala ketika rehat tengah hari, kekejangan otot secara tiba-tiba, dan rasa letih yang tidak mampu dihilangkan walaupun dengan secawan kopi. Jika diabaikan, ia boleh meruncing menjadi strok haba di mana sistem penyejukan tubuh menyerah kalah dan berhenti berpeluh.
Golongan yang berdepan risiko paling tinggi termasuklah kanak-kanak kecil, warga emas, dan individu yang sering berada di bawah sinaran terik matahari. Untuk mengharungi musim yang membara ini, langkah pencegahan paling strategik adalah mengelakkan diri daripada berada di luar antara jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang, waktu di mana bahang matahari berada pada paras paling garang. Jika anda terpaksa berada di luar, pastikan anda berlindung di kawasan teduh, membawa payung, atau mencari ruang yang mempunyai penyaman udara.
Dari segi penampilan, utamakan keselesaan berbanding gaya dengan memilih pakaian longgar yang diperbuat daripada fabrik kapas atau linen. Elakkan pakaian berwarna gelap yang bertindak menarik haba, sebaliknya pilih warna cerah yang mampu memantulkan kepanasan. Penggunaan aksesori seperti topi bertepi lebar, cermin mata hitam pelindung UV, dan pelitup muka berfabrik nipis juga amat digalakkan.

Dari aspek penjagaan kesihatan dalaman, jangan tunggu sehingga tekak berasa dahaga kerana pada ketika itu, tubuh anda sebenarnya sudah lama memerlukan air. Tubuh sentiasa kehilangan bendalir melalui pernafasan dan peluh secara berterusan, malah keadaan ini turut berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam ruang berhawa dingin tanpa disedari. Amalkan meminum air sejuk dan bersih, yang boleh didapati melalui peranti seperti Penulen Air LG PuriCare™.
Anda juga boleh mendapatkan sumber hidrasi semula jadi melalui pemakanan dengan mengambil snek seperti buah tembikai, buah beri, dan timun, mahupun menikmati semangkuk sup yang menyegarkan tubuh.

Di rumah pula, elakkan kediaman anda bertukar menjadi ‘rumah hijau’ yang memerangkap haba. Praktikkan langkah menutup langsir ketika matahari terik pada siang hari dan membuka tingkap menjelang petang bagi menggalakkan pengudaraan silang. Anda juga boleh mencuba taktik penyejukan mudah seperti meletakkan mangkuk berisi ais di hadapan kipas angin.
Memandangkan penggunaan penyaman udara kini dianggap satu keperluan dan bukan lagi kemewahan, pengguna dinasihatkan untuk melabur dalam perkakas cekap tenaga bertaraf 5 bintang bagi mengelakkan bil elektrik melambung tinggi. Contohnya, Penyaman Udara AI Air dari LG menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menyelaras tetapan suhu secara automatik berdasarkan keadaan cuaca.
Akhir sekali, elakkan memasak menggunakan perkakas yang menjana haba tinggi seperti ketuhar dan dapur gas pada waktu puncak siang bagi mengekalkan persekitaran dalaman yang selesa.Mahu tidak mahu, suhu yang semakin meningkat ini memaksa kita untuk mengadaptasi cara hidup agar terus kekal sihat dan bertenaga.
