Ikuti Kami:

Mahu Lahirkan Generasi Sihat, Datuk Nicol David Hargai Sokongan P&G Dan Watsons Malaysia

Mahu Lahirkan Generasi Sihat, Datuk Nicol David Hargai Sokongan P&G Dan Watsons Malaysia

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menangani isu kurang aktif dan kesejahteraan mental yang kian meningkat dalam kalangan kanak-kanak, P&G Malaysia dan Watsons Malaysia mengumumkan kerjasama strategik bersama Nicol David Organisation (NDO) menerusi pelancaran kempen “Buy Good. Do Good. Play It Forward.”

Inisiatif murni ini bertujuan untuk mengubah tabiat membeli-belah harian masyarakat kepada satu tindakan yang bermakna bagi menyokong kesihatan, kesejahteraan, serta gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara.

Mahu Lahirkan Generasi Sihat, Datuk Nicol David Hargai Sokongan P&G Dan Watsons Malaysia

P&G, Watsons dan Nicol David berganding bahu perkasa masa depan kanak-kanak Malaysia.

 

Sumbang RM1 Untuk Program +Play

Melalui kempen yang dijalankan di cawangan Watsons yang mengambil bahagian, setiap pembelian terpilih bagi produk P&G akan melayakkan sumbangan sebanyak RM1 dibezakan kepada NDO. Dana yang dikumpul bakal disalurkan terus bagi menyokong program +Play kendalian NDO.

Program ini memfokuskan kepada penyediaan aktiviti fizikal berkualiti, penerapan psikologi positif, serta kemahiran hidup demi membina keyakinan diri dan daya tahan kanak-kanak. Pengasas NDO, Datuk Nicol David, menzahirkan rasa syukur atas komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua jenama gergasi berkenaan.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar dengan sihat, yakin, dan penuh harapan.

“Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia diberikan cara yang mudah tetapi sangat berkuasa untuk melabur dalam masa depan generasi muda. Setiap pembelian menjadi peluang untuk membantu kanak-kanak bergerak, bermain, dan menemui potensi mereka,” kata bekas jaguh skuasy dunia itu.

Mahu Lahirkan Generasi Sihat, Datuk Nicol David Hargai Sokongan P&G Dan Watsons Malaysia

Inisiatif ‘Play It Forward’ fokus bina keyakinan dan ketahanan diri kanak-kanak.

 

Membentuk Tabiat Sihat Sejak Awal

Program +Play direka khusus dengan menggabungkan elemen sukan dan psikologi positif berasaskan bukti bagi melahirkan komuniti belia yang sihat di sekolah mahupun di rumah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson Group, Caryn Loh, menjelaskan bahawa Watsons sentiasa komited memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

“Melalui rangkaian stor Watsons yang luas di seluruh negara, pelanggan boleh membeli produk P&G dengan mudah sambil menyumbang kepada usaha murni ini untuk menyokong masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Naib Presiden P&G Malaysia dan Singapura, Rajadurai Dhanasekharan Navin, yang menyifatkan pemerkasaan kanak-kanak menerusi sukan dan pendidikan mampu memupuk disiplin serta kerja berpasukan.

Mahu Lahirkan Generasi Sihat, Datuk Nicol David Hargai Sokongan P&G Dan Watsons Malaysia

Orang ramai dijemput mengunjungi stor Watsons berhampiran untuk mendapatkan produk P&G terpilih seperti Pantene, Head & Shoulders, Oral-B, dan Olay bagi menyokong pembangunan masa depan anak-anak Malaysia.

Loading...