Ikuti Kami:

Lebih 4 Dekad Bertakhta, AIGNER Beri Penghormatan Eksklusif Buat Dato’ Khadijah Ibrahim

Lebih 4 Dekad Bertakhta, AIGNER Beri Penghormatan Eksklusif Buat Dato’ Khadijah Ibrahim

PUTRAJAYA – Dalam satu usaha menghargai nilai ketukangan seni, keaslian, dan keanggunan abadi, jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, mengiktiraf seniwati legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, sebagai ikon seni dalam satu majlis eksklusif yang berlansung semalam. Acara penghargaan pelanggan yang penuh intim dan meriah itu telah berlangsung di butik AIGNER yang terletak di IOI City Mall.

Simbol Keanggunan Tak Ditelan Zaman

Mengulas mengenai penghormatan tersebut, AIGNER menjelaskan bahawa jenama itu sentiasa menyanjung tinggi individu yang telah mendedikasikan seluruh hidup mereka demi mencapai kesempurnaan dalam karya yang digalas.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, nilai dedikasi dan kesempurnaan seorang anak seni itu seiring dengan falsafah AIGNER yang amat menghargai ketelitian para artisan di sebalik pembikinan setiap produk mewah mereka.

“Tidak ramai yang mampu mencerminkan aspirasi dan idealisme ini secara semula jadi seperti Dato’ Khadijah Ibrahim. Dengan kerjaya seni yang melangkaui lebih empat dekad, beliau kekal sebagai antara penyanyi yang paling dihormati di Malaysia, bukan sahaja kerana bakat seninya yang luar biasa, malah keanggunan, keaslian, serta komitmen jitu terhadap kesempurnaan,” jelas kenyataan itu.

Intim Bersama Peminat Dan Pelanggan

Perjalanan seni penghibur kesayangan ramai itu disifatkan sangat sepadan dengan prinsip AIGNER sejak jenama itu diasaskan, iaitu menghargai warisan, kualiti bertahan lama, serta seni ketukangan yang merentasi peredaran zaman.

Lebih 4 Dekad Bertakhta, AIGNER Beri Penghormatan Eksklusif Buat Dato' Khadijah Ibrahim

Menerusi acara istimewa tersebut, para tetamu jemputan berpeluang bertentang mata dan beramah mesra dalam suasana intim bersama penyanyi ikonik berkenaan. Pada masa sama, para tetamu turut diberi kesempatan untuk meneroka koleksi terbaharu AIGNER yang terus memberi penghormatan kepada warisan kaya mereka menerusi gabungan ketukangan kulit yang unik dan reka bentuk kontemporari.

Langkah menghargai dan meraikan ikon seumpama Dato’ Khadijah Ibrahim ini membuktikan komitmen AIGNER dalam menyanjung bukan sekadar nilai seni pada produk buatan mereka, malah menghargai individu yang mana perjalanan hidup mereka menjadi lambang kepada semangat, keunggulan, serta daya tarikan abadi.

Di Malaysia, rangkaian butik mewah AIGNER diwakili serta dibawakan khas oleh kumpulan peruncitan fesyen dan gaya hidup terkemuka tanah air, The Melium Group.

Loading...