Ikuti Kami:

Lebih 150 Menu Kampung Menanti! Iftar Rumah Lauk Tawar ‘Rusa Golek’ Bawah RM100 Ramadan Ini

Lebih 150 Menu Kampung Menanti! Iftar Rumah Lauk Tawar ‘Rusa Golek’ Bawah RM100 Ramadan Ini

PUTRAJAYA – Mencari destinasi berbuka puasa dengan pilihan hidangan asli Melayu yang berbaloi pada bulan mulia ini? Sempena kedatangan bulan Ramadan, Marvelous Mama Sdn Bhd menjanjikan pengalaman gastronomi luar biasa berkonsepkan masakan warisan kampung menerusi penganjuran Iftar di Rumah Lauk.

Berlangsung di Nafoura Hall, Shaftsbury Putrajaya, bufet istimewa ini sedia memanjakan selera pengunjung dengan lebih daripada 150 variasi hidangan tradisional setiap hari. Apa yang lebih menarik, seleksi makanan yang pelbagai ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu di bawah RM100 untuk seorang.

Mengangkat tema “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini menyasarkan kehadiran pengunjung bersama keluarga mahupun penganjuran majlis korporat bagi mereka yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, dan Serdang.

Meninggalkan kebiasaan lambakan bufet Ramadan yang sering mempertaruhkan hidangan kambing golek, Iftar di Rumah Lauk tampil berani mencipta kelainan dengan menyajikan Rusa Golek sebagai menu istimewa harian. Daging rusa premium tersebut akan diperap rapi dengan adunan rempah ratus tradisional sebelum dipanggang sempurna, menjadikannya satu hidangan ‘rare’ yang sukar ditemui di bufet biasa.

Selain deretan hidangan yang memikat selera, pengalaman berbuka puasa di Rumah Lauk turut diperkaya dengan pelbagai elemen menarik. Setiap hari, suasana iftar dimeriahkan dengan alunan muzik daripada persembahan buskers secara langsung, menjadikan waktu berbuka lebih santai dan bermakna.

Pada setiap hujung minggu, pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti jemputan khas yang hadir bagi menambah kemeriahan majlis serta memberikan pengalaman yang lebih istimewa.

Bagi memudahkan pengunjung menunaikan ibadah, kemudahan surau yang selesa turut disediakan untuk solat fardu Maghrib, Isyak, dan solat sunat Tarawih, memastikan setiap tetamu dapat berbuka dengan tenang dan memenuhi tuntutan ibadah sepanjang Ramadan.

Sebagai rekod, Marvelous Mama Sdn Bhd merupakan sebuah pengeluar produk makanan sejuk beku sedia dimakan yang berjaya membawa cita rasa tempatan menembusi pasaran antarabangsa seperti di London dan Dubai.

Antara produk eksport utama mereka yang mendapat pujian ramai termasuklah Rendang, Lemang Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng, serta Sata Ikan dan Ayam.

Lebih 150 Menu Kampung Menanti! Iftar Rumah Lauk Tawar 'Rusa Golek' Bawah RM100 Ramadan Ini

Meneruskan momentum kejayaan ini, syarikat tersebut turut mengumumkan perancangan besar untuk membuka restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur menjelang penghujung bulan April ini, yang bakal disusuli dengan pembukaan cawangan antarabangsa di Jakarta dan London pada tahun ini juga.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati lebih 150 hidangan warisan di Iftar Rumah Lauk, tempahan meja kini boleh dibuat dengan menghubungi wakil jualan, Mohd Aqil di talian 013-277 7922 (untuk tempahan korporat) atau 013-277 7244 (untuk tempahan biasa).

Loading...