Ikuti Kami:

Kalis Kontroversi! Aliff Syukri Sendiri Terkejut ‘Mama & Papa Raya’ Cetus Fenomena Luar Biasa

Kalis Kontroversi! Aliff Syukri Sendiri Terkejut ‘Mama & Papa Raya’ Cetus Fenomena Luar Biasa

SHAH ALAM – Siapa sangka, tanpa sebarang gimik sensasi mahupun kempen promosi berskala besar, usahawan selebriti popular Dato Sri Aliff Syukri berjaya mencetuskan fenomena luar jangka di media sosial menerusi lagu raya terbaharunya, “Mama & Papa Raya”. Lebih membanggakan, naskhah ini telah berjaya meraih hampir 2.5 juta tontonan di platform YouTube dan mencetuskan gelombang tular dengan lebih 50,000 video perkongsian pengguna di aplikasi TikTok.

Di sebalik kejayaan luar biasa ini, Aliff mendedahkan satu rahsia mengejutkan iaitu lagu tersebut sebenarnya telah siap dirakam lebih dua tahun yang lalu. Ketika ditemui sewaktu majlis berbuka puasa bersama kakitangan DHerbs di Hotel Concorde Shah Alam semalam, beliau menjelaskan bahawa pelancaran lagu itu pada asalnya terpaksa dibatalkan akibat beberapa isu kontroversi yang melanda menjelang sambutan Aidilfitri pada waktu tersebut.

Kalis Kontroversi! Aliff Syukri Sendiri Terkejut Mama & Papa Raya Cetus Fenomena Luar Biasa

Menyedari karya itu hanya tersimpan rapi, mereka akhirnya mengambil keputusan berani untuk melancarkannya pada tahun ini memandangkan ia belum pernah diperdengarkan kepada umum. Apa yang lebih mengagumkan, keseluruhan proses penyiapan lagu “Mama & Papa Raya” berserta rakaman video muzik (MV) ini hanya memakan masa sekitar lima hari sahaja dengan kos perbelanjaan yang tidak besar.

Aliff juga mengambil pendekatan berbeza kali ini dengan tidak mencampuri urusan konsep visual, sebaliknya menyerahkan ruang dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pengarah MV dan isterinya, Datin Sri Shahida Mohd Rashid, untuk menghasilkan idea kreatif mereka sendiri.

Walaupun hasilnya dipuji ramai, Aliff mengakui proses penggambaran MV “Mama & Papa Raya” yang melibatkan seluruh ahli keluarganya adalah sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang sangat kuat, terutamanya untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Kalis Kontroversi! Aliff Syukri Sendiri Terkejut Mama & Papa Raya Cetus Fenomena Luar Biasa

Penampilan istimewa Datin Sri Shahida di dalam MV tersebut turut mendapat perhatian dan mengubat kerinduan peminat yang menantikan beliau membuat kemunculan semula (comeback) secara solo. Namun, Shahida menegaskan bahawa komitmen yang tinggi terhadap urusan keluarga dan perniagaan membuatkan masanya sangat terhad untuk kembali aktif di dunia hiburan buat masa ini.

Dalam pada itu, Aliff turut menyingkap realiti sebenar kehidupannya di sebalik kemewahan dan populariti. Beliau sering kali dihimpit rasa penat dan tertekan akibat kesibukan menguruskan perniagaan, komitmen sebagai duta produk, serta tanggungjawab membuat siaran langsung sebagai personaliti media sosial sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri.

Beliau menegaskan bahawa pembabitannya menerusi lagu raya ini bukanlah bertujuan untuk mengejar glamor semata-mata, sebaliknya ia merupakan salah satu strategi untuk terus kekal relevan supaya masyarakat sentiasa mengingatinya, khususnya demi kelangsungan perniagaan beliau.

Menyedari saingan sengit dengan lambakan lebih 120 buah lagu raya baharu yang diterbitkan pada tahun ini, Aliff mengakui tidak menyangka “Mama & Papa Raya” mampu menonjol. Beliau bersyukur kerana tanpa sebarang strategi pemasaran luar biasa, karya ini berjaya menambat hati stesen radio tempatan seperti Era FM dan Sinar FM untuk diputarkan.

Loading...