Lebih Daripada Gajet! Ekosistem Baharu myFirst Teman Kanak-Kanak Teroka Dunia Digital Dengan Selamat
- oleh Editor MYBUZZ
- 13 Mar 2026 12:32 pm
PETALING JAYA – Di era di mana alam kanak-kanak kini seiring dengan perkembangan teknologi digital, jenama myFirst mengambil inisiatif berbeza untuk kesejahteraan keluarga moden. Daripada menyuruh kanak-kanak menjauhi teknologi, mereka sebaliknya tampil dengan penyelesaian untuk membimbing si kecil melangkah ke dunia digital dengan lebih selamat dan penuh makna.
Menerusi acara pelancaran bertemakan “Explore Together”, myFirst telah memperkenalkan generasi baharu peranti pintar yang memfokuskan kepada kanak-kanak. Mengetuai barisan ekosistem ini adalah kamera cetak segera berwarna pertama mereka, iaitu myFirst Insta Lux, yang didatangkan bersama lima lagi peranti canggih untuk menyokong kreativiti dan komunikasi seisi keluarga.

Dijual pada harga RM799, myFirst Insta Lux direka khusus dengan ciri-ciri mesra kanak-kanak termasuk rekaan ergonomik untuk tangan yang lebih kecil, dwi-kamera 5MP di bahagian depan dan belakang, serta paparan IPS bersaiz 2.8 inci. Setiap pembelian turut didatangkan dengan dua pek isian semula percuma bernilai RM98 yang mengandungi 20 helaian cetakan.
Kamera ini menggunakan teknologi pemejalwapan pewarna (dye-sublimation) untuk menghasilkan cetakan warna yang terang dan tahan lama. Lebih menarik, ibu bapa juga boleh menghantar gambar pilihan daripada telefon pintar mereka secara terus ke kamera ini menerusi aplikasi myFirst Circle untuk dicetak secara on-the-go.
Aplikasi myFirst Circle ini berfungsi sebagai ruang perkongsian peribadi yang diuruskan sepenuhnya oleh keluarga dan bukannya platform sosial terbuka, sekali gus memastikan keselamatan digital kanak-kanak terjamin.
Selain kamera Insta Lux, ekosistem ini turut diperluaskan dengan pengenalan jam tangan pintar 4G myFirst Fone M1 (RM399) yang menyokong penjejakan GPS masa nyata serta panggilan suara dan video.
Turut dilancarkan ialah bingkai pintar keluarga bersaiz 7 inci, myFirst Frame Clario (RM499) , papan lukisan digital ringan myFirst Sketch Board Pro (RM199) , serta fon kepala nirwayar myFirst CareBuds Max (RM169) yang dilengkapi fungsi pengehadan kelantangan pintar antara 85 hingga 94dB untuk melindungi pendengaran si kecil.
Tidak ketinggalan, set myFirst 3dPen Make Creator Kit (RM299) yang memiliki ciri keselamatan suhu rendah serta pengiktirafan Tanda Pematuhan Malaysia (MC) turut diperkenalkan untuk merangsang kreativiti spatial kanak-kanak dengan selamat.
Bagi membolehkan orang ramai merasai sendiri pengalaman menggunakan ekosistem ini, myFirst bakal menganjurkan jerayawara awam bermula 26 hingga 29 Mac 2026 bertempat di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid. Pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM199 berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi myFirst Fone R2 serta pelbagai ganjaran eksklusif lain.
Tawaran paling istimewa menanti pada 28 Mac jam 10 pagi, di mana 100 pelanggan pertama yang membeli myFirst Insta Lux akan membawa pulang myFirst Fone M1 secara percuma berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Barisan produk terbaharu ini kini boleh didapati secara rasmi menerusi laman web myFirst, Shopee, dan Lazada.
