Ikuti Kami:

K-Beauty Lovers Wajib Hadir! Watsons Malaysia Tawar Tiket Percutian Ke Korea Di K-Beauty Festa 2026

K-Beauty Lovers Wajib Hadir! Watsons Malaysia Tawar Tiket Percutian Ke Korea Di K-Beauty Festa 2026

KUALA LUMPUR – Berita baik buat semua peminat kecantikan Korea (K-Beauty) di Malaysia! Watsons Malaysia kini kembali menghangatkan trend kecantikan dari Korea Selatan dengan menganjurkan Watsons K-Beauty Festa 2026. Bakal mengubah Pusat Pameran Mid Valley menjadi hab utama pencinta kosmetik dan penjagaan wajah, acara yang dinanti-nantikan ini menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif buat para pengunjung.

Edisi kali ini disifatkan sebagai penganjuran yang terbesar pernah direkodkan dengan menghimpunkan lebih daripada 120 jenama terkenal. Lebih mengujakan, ia turut memperkenalkan hampir 30 jenama baharu dari Korea untuk diterokai oleh pengguna tempatan. Perkembangan ini jelas membuktikan peningkatan permintaan produk kecantikan Korea di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Watsons sebagai destinasi inovasi K-Beauty yang utama.

Membawakan kelainan yang lebih segar, Watsons K-Beauty Festa 2026 tahun ini diketengahkan dengan konsep bertemakan permainan (gaming) yang menggambarkan evolusi pesat industri kecantikan menerusi formula, teknologi canggih, dan bahan-bahan yang menjadi trend.

Jika dahulu ia terkenal dengan ramuan tradisional, landskap K-Beauty masa kini semakin dipacu oleh sains penjagaan kulit yang moden. Pengunjung boleh meneroka inovasi bahan aktif generasi baharu yang membentuk masa depan K-Beauty seperti PDRN, peptida, dan rumusan pembaikan penghalang kulit (skin barrier).

Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, pihaknya berbangga dapat mendekatkan para pelanggan dengan perkembangan menarik ini melalui platform K-Beauty Festa.

“Lebih daripada sebuah acara kecantikan, K-Beauty Festa merupakan platform imersif yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan jenama, mencuba produk baharu dan meneroka trend baharu yang membentuk masa depan industri kecantikan,” jelasnya.

Acara meriah ini bakal berlangsung selama empat hari bermula dari 23 hingga 26 April 2026. Sambil menyelami pelbagai trend rantaian produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan kesihatan, dan penjagaan diri , pembeli juga berpeluang menikmati pengalaman yang imersif beserta tawaran promosi hebat.

Antara tarikan utama yang menanti pengunjung sepanjang festival ini ialah pelbagai ganjaran eksklusif yang ditawarkan khas untuk pembeli. Pengunjung berpeluang menikmati hadiah barangan (goodies) bernilai sehingga RM100 bersama baucar e‑Tunai RM10 dengan setiap pembelian terpilih sepanjang acara berlangsung.

K-Beauty Lovers Wajib Hadir! Watsons Malaysia Tawar Tiket Percutian Ke Korea Di K-Beauty Festa 2026

Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati diskaun segera sebanyak RM12 bagi setiap pembelian produk penjagaan kulit bernilai RM100, serta diskaun segera RM10 untuk pembelian minimum RM120. Tawaran ini sekali gus memberi nilai tambah kepada pengalaman membeli-belah K‑Beauty yang lebih berbaloi.

Bagi pembeli yang berbelanja RM80 dan ke atas, penebusan Kiub Teka‑Teki K‑Beauty eksklusif menanti sebagai ganjaran istimewa. Manakala perbelanjaan minimum RM200 pula melayakkan pelanggan menerima Gameboy K‑Beauty secara percuma, menyuntik elemen keseronokan sepanjang festival.

Tidak cukup dengan itu, pembelian RM250 dan ke atas memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai aktivasi Mystery Grab, dengan peluang memenangi pelbagai hadiah mini menarik. Untuk pengalaman paling istimewa, pelanggan yang berbelanja RM300 dan ke atas akan menerima Kamera Pakai Buang (Disposable Camera) K‑Beauty percuma, bagi mencetuskan elemen nostalgia dan kenangan manis sepanjang kunjungan ke festival ini.

K-Beauty Lovers Wajib Hadir! Watsons Malaysia Tawar Tiket Percutian Ke Korea Di K-Beauty Festa 2026

Bukan itu sahaja, menerusi kerjasama bersama pihak Traveloka, Watsons turut memperkenalkan Peraduan ‘K-Beauty Spend & Win’. Ahli Watsons yang membelanjakan minimum RM120 untuk jenama yang mengambil bahagian (sama ada di kedai mahupun secara dalam talian), berpeluang menukar pengalaman membeli-belah mereka kepada satu percutian impian!.

Pemenang bakal membawa pulang baucar penerbangan dan hotel ke Korea, sementara 100 pemenang hadiah saguhati pula akan menerima baucar eWatsons bernilai RM100. Peraduan mega ini berlangsung sehingga 26 April 2026.Bagi peminat kecantikan yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, tempahan kehadiran (RSVP) ke K-Beauty Festa 2026 kini boleh dilakukan menerusi pautan rasmi Watsons. Jangan lupa tandakan kalendar anda!

Loading...