Ikuti Kami:

JETOUR Malaysia Serah SUV T2 Kepada Selebriti Tempatan Di KLIMS 2026

JETOUR Malaysia Serah SUV T2 Kepada Selebriti Tempatan Di KLIMS 2026

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Sempena pameran Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026), jenama automotif JETOUR Malaysia berjaya mencuri tumpuan ramai menerusi satu majlis penyerahan khas varian SUV premium mereka, JETOUR T2, kepada barisan personaliti dan selebriti gred-A tanah air.

Antara bintang terkenal yang hadir menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak masing-masing ialah pelakon popular Kamal Adli, ratu vokal Ernie Zakri, jelitawan Sara Ali, serta personaliti Hayden Wong. Tidak ketinggalan, pelakon versatil Azhan Rani turut memeriahkan suasana dengan menyertai acara tersebut secara maya bagi meraikan detik penyerahan berkenaan bersama para peminat yang membanjiri ruang pameran.

JETOUR Malaysia Serah SUV T2 Kepada Selebriti Tempatan Di KLIMS 2026

Bagi Kamal Adli dan Sara Ali, pemilihan JETOUR T2 ini sebenarnya mempunyai kisah tersendiri yang bermula lebih awal daripada jangkaan. Hubungan mereka dengan jenama tersebut terjalin menerusi penglibatan dalam filem patriotik akan datang, *Takluk 2: Ops Daulat*, yang turut menampilkan kenderaan JETOUR sebagai sebahagian daripada elemen penceritaan.

Kamal Adli mengakui bahawa impresi positif terhadap jenama itu mula terbina apabila beliau berpeluang memandu sendiri kenderaan JETOUR di lokasi penggambaran. Menurutnya, pengalaman tersebut membuka ruang untuk beliau lebih mengenali keupayaan dan kualiti jenama tersebut, sekali gus menimbulkan keterujaan untuk memulakan satu perjalanan baharu bersama JETOUR T2.

Sara Ali pula berkongsi bahawa beliau terus terpikat dengan reka bentuk JETOUR T2 yang tampil berani serta diinspirasikan daripada elemen pengembaraan, tanpa mengabaikan aspek keselesaan. Pengalaman pertama mengenali kenderaan itu di set penggambaran telah meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya, dan beliau kini tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kenangan bermakna bersama keluarga.

JETOUR Malaysia Serah SUV T2 Kepada Selebriti Tempatan Di KLIMS 2026

Sementara itu, penyanyi tersohor Ernie Zakri melihat JETOUR T2 sebagai pelengkap kepada gaya hidupnya yang sentiasa sibuk. Dengan jadual yang padat merangkumi komitmen seni, persembahan serta tanggungjawab peribadi, kenderaan ini dilihat mampu menyokong keperluan hariannya sambil memberikan ruang untuk menikmati momen berkualiti bersama insan tersayang.

Satu lagi perkongsian menarik datang daripada Azhan Rani yang mendedahkan bahawa pengaruh rakan pelakon, Beto Kusyairy, menjadi punca utama beliau terjebak dengan SUV ini.

“Saya mula mengenali JETOUR T2 melalui Beto yang mengajak saya melawat bilik pameran sebelum model ini dilancarkan secara rasmi. Selepas sesi pandu uji, saya tahu inilah kenderaan sesuai untuk saya. Pada hari pertama menerima T2, saya terus memandunya ke Kuala Terengganu untuk penggambaran drama. Pengalaman pemanduannya sangat mengagumkan,” cerita Azhan teruja.

JETOUR Malaysia Serah SUV T2 Kepada Selebriti Tempatan Di KLIMS 2026

Bagi personaliti Hayden Wong pula, beliau menyifatkan falsafah jenama ini sangat dekat dengan dirinya yang percaya bahawa kisah-kisah terbaik dalam hidup sentiasa bermula daripada sebuah perjalanan.

Melihat kepada perkembangan landskap mobiliti di Malaysia yang kini mementingkan pembentukan memori dan pengalaman berharga, JETOUR komited untuk menghidupkan konsep “Travel+”.

Sebagai bukti, jenama yang mula bertapak di Malaysia sejak April 2024 dengan gelaran “The Travel Expert” ini turut mengumumkan penubuhan JETOUR Malaysia Club. Platform eksklusif ini diwujudkan khas bagi membolehkan para pemilik berhubung, berkongsi pengalaman pemanduan, serta menyertai pelbagai aktiviti eksplorasi menarik pada masa hadapan.

Loading...